"salam WiSuda"






"terIma KasiH bUAT aYahbonda di tAnah AIR..."
Elhamdulillah selesai sudah Wisuda@konvokesyenku...lepas ni boleh la pakat ramai2 pack barang tuk balik malaysia..sedihnye nak berpisah ngan kengkawan...tapi takpe..wat junior kami "PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI...."
haa..nak ceter..mmg kne ceter..bak kate ahli bait.."ceter hot ni jgn lupe masukkan dlm blogs tau"..sooo..arini kat dlm blogs ni ku kotakan kata2 ahli bait ku..ceter ni wat pengajaran tuk sahabat2 n terumata sekali diri ku...
ceternye...mlm 2 ari sebelum daku konvo...sekitar jam 9.30mlm daku n ahli bait keluar ke rumah paman ku untuk mengahantar kiriman2 baju yang perlu dijahit maklum la nak konvo so semue nak yang baru n terbaik..lagi semua diwajibkan memakai batik jambi,,,wah menjajah cari batik jambi..elhamdulilah lepas selesai urusan penghantaran kain2 yang perlu dijahit terus balik umah..haaa..dlm ondway balik umah ni ada satu kejadian yang takleh daku lupakan...motor yang kami naik tu tetibe dihimpit dgn satu motor yang kami tak kenal...terus die cube nak rampas enset n beg duit yang ade kat tgn ahli baitku...wah mase tu ade sikit adengan jerit menjerit n rampas merampas...hampir2 kami jatuh motor...sebab kne himpit mujur tangan ahli bait tu kuat pegang beg duit n enset jadi dorg tak leh nak ambik..haaa,,,,tu la pengalaman kne ragut....moral the story jgn la keluar2 mlm event ade kes emergency bawaklah musyrif...
wat ever pun...
"MABRUK KEPADA SEMUA PARA WISUDAWAN DAN WISUDAWATI MALAYSIA N INDONESIA...."

*haa..da kne tegur jgn bawk motor...tapi degil lagi...eh tapi ni bkn kes degil eh,,,ni kes kne antar bju mlm tu jugak sbb mse da suntuk..

"SeLangKah Menuju KejaYaaN"

Elhamdulillah puji dan syukur ku panjatkan ke hadrat Allah S.w.T di Ats NikMAt IMAN dan Islam yang diberikan...Selawat dan salam buat Baginda Rasulullah S.A.W...

elhamdulillah, arini adalah ari yang bahagia dalm kehidupanku...tepat jam 12.30 w.i.b bertempat diruang sidang Munaqasyah Fakultas Syariah el-jamiah STS JAMBI INDONESIA dAku telah berjaya dengan jayanya dalam Munaqasyah Skripsi, ELHAMDULILLAH...
kepada BAPAK DEKAN SYARIAH SELAKU KETUA SIDANG, BAPAK SUYUTI SELAKU PENGUJI 1, BAPAK BADARUDDIN SELAKU PENGUJI 2 DAN SETERUSNYA BAPAK KABAG SELAKU SEKRATARIS,,,PEMBIMBING 1 IBU RAMLAH..PEMBIMBING 2 IBU RAHMI....DAKU mengucapkan ribuan terima kasih di atas SOALAN DAN KOMENTAR YG mengancam...hehe....
1 jam setengah ku dimunaqasyah kan,,,wah....berpeluh2..slps natijah diumumkan sebelum ku melangkah keluar dari ruang sidang Bapak Dekan sempat memberikan kata2 amanat tuk diriku sebelum berkhidmat kepada masyarakat....i'allah akan ku ingat segala2 amanat yang diberkan...

sebenarnya,,,arini jugak merupakan hari IBU di INDONESIA...so..pas abes munaqasyah trus tfon ummi wish "hepi mother day" n trus bgtau yg lulus dan boleh konvo ari isnin ni...tak sangaka la plak ummi nangis,,,apelagi "cek" pun trut serta...yang paling best ummi ckp.."ummi tak perlukan hadiah yang ummi perlukan kejayaan yang cemerlang dari seorang anak....cukup kejayaan yang ann dapat..hadiah yang paling besar buat ummi di ari ibu ni"...menitis airmata,,,tak tau nak kate ape...cume ucapan terima kasih ku ucapkan buat ayahanda dan bonda tercinta....
tak sabar rasenye nak balik malaysia...dgn kabaran baba sakit n esok masuk hospital pakar..sedihya...
"Ya Allah kau lindungilah baba..."

akhir..buat teman2 seperjuangan yang da bergelar SHI....mabruk 'alaikum dan mari kite pikul amanah dan jagaan almamater bersama2....
Jazakallahu khairan jaza'....

* buat insan yng bertahta dihati...terima kasih di atas kiriman doa dan semangatnya.,,syukran 'ala kulli hal....('',)

.::bY qiRaNa::.

Perjalanan hidup kadang kala sukar utk kita mentafsirknnya melalui kata2 mahupun apa sahaja. Apa yang berlaku kelmarin dari episod hidupku biarlah biar ia terus pergi membawa kenangan tersendiri. Ya! bukan ku meminta ia berlaku pada diri ini tapi cukuplah ku katakan ia sangat membawa seribu pengajaran dalam kehidupanku. Daku mengetahui mengapa Allah mendugaku sebegitu biarlah daku redha dengan apa yg berlaku dari episod hidup saya yang lepas apa yang pasti apapun yg akan terjadi selepas ini biarlah Allah sahaja yg menentukannya. Benar daku tidak minta diperlakukan sebegitu tapi apakan daya manusia tetap manusia. Ya Allah daku benar2 redha atas apa yang berlaku dan apa yang telah engkau telah rencanakan untuk hambaMU ini sesungguhnya daku memang insan yg tersangat kerdil di sisiMU... Yang pasti daku redha dengan apa yang telah Engkau rencanakan buat diri ini...



Usah Disalahkan Takdir Yang Melanda
Renung Kembali Sejarah Silam
Dengan Membiarkan Ku Sendiri
Ku Terumbang Ambing Mengenal Diri
Mujurlah Allah Itu Mengasihi Aku Diberi Arah Petunjuk
Berlindung Dengan Allah Menerus Kehidupan
Ku Mengenal Makna Dosa Dan Pahala

Dengan KehendakNya
Kau Datang Semula Menghampiriku
Dan Aku Terpaku Hingga Ku Hilang Dalam Bicara
Bukan Ku Menjauhi Tetapi Amat
Sukar Sekali Bila Ku Kenang Kembali
Aku Disisih Dan Dibuang Ke Tepi
malah Aku Tidak Dipeduli
Allah Maha Mengetahui Yang Ada Dihati
Biar DIA menentukannya........

kerana ku redha apa yang telah Allah rencanakan buat diri ini..

biarlah kedukaan ini berlalu pergi seiring dengan hari2 yang bakal menjelma..

moga hari ini titis air mata ini kan terhenti dengan izin Allah...

ku redha....


* sbnrnye kami2 bru pas tgok KETIKA CINTA BERTASBIH...bru starting jer da menitis airmata ni...bkn sebab sedih krn jalan ceritanya tapi sedih sbb tak dapat menjejaki bumi anbiya'...sedih sgt, tapi takpe...walaupun kami tak dapat smbung pengajian kat sne, dan terpakse menanamkan impian besar kami...kami tetap redha, Mungkin ade Hikmah disebalik pembatalan MOU (Muadalah Mesir dan Malaysia), Sesungguhnya kita hanya merancang dan Allah jua merancang...ketahuilah Sebaik2 perancang adalah Dia Yang Maha Kuasa..I'allah mungkin dalam wadah lain kami kesane...buat teman2 yang berada di Perlembahan Nil, Azhari@Azhariyyah...semoga antunna semue pulang dengan kejayaan,,ameen..jangan sia2 kan peluang manis yang telah kamu perolehi..ketahuilah ramai dikalangan kami yang berhajat untuk kesane akan tetapi, takdir menetukan kami dicni..di Lautan Sumatera...semoga kita pulang membawa kejayaan dan kebahagiaan buat ayahbonda tercinta....i'allah. BARAKALLAHUFIKUM

.::MuHaSabah CintA::.

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

*SUKE SANgat lagu ni....
Ya Allah ampuni la segala dosa-dosaku...ameen

"La Tahzan"

Jangan Bersedih
jangan bersedih....
tapi kenapa
menangis

kadang air mata
tak sungkan mengetuk kelopak mata
entah hari ini
apa nanti....

jangan bersedih....
tapi mengapa
terdiam

diam seribu bahasa
lebih baik dari pada
berdalih seribu janji
yg terumbar

jangan bersedih....
tapi ada apa
menyendiri

kadang kerinduan
menyelimuti keseharian
tak ada dering telepati
mengisyaratkan keberadaan nya
mereka...mereka...
dan mereka

jangan bersediih...
tapi dimana'
tersimpan senyuman

tak akan tersembunyi
walau resah & keluh
memayungi

jangan bersedih....
daku tetap tersenyum
spt mereka tersenyum untuk ku
hari ini....

daku tidak akan bilang
daku bersedih lagi
tapi....
daku akan berucap
jangan bersedih

La Tahzan Innalaha ma'ana

* elhamdulillah pg td imtihan compre(pergulungan madah)..byk soalan yg tak dijangka keluar cukup mencabar..betul2 soalan dr tahun 1 - 4, merangkumi kesemua madah, buat bapak dosen yg menguji ku terima kasih ku ucapkan , mse 1jam stgh benar2 menguji tahap keilmuan ku...syukran 'ala kulli hal.
Cukupkah bekal yg kudapati selama ini?? persoalan itu yg muncul dibenak fikiranku semasa compre berjalan..Mampukah ku menghadap persoalan masyarakat??jgn krn adanya SHI (sarjana hukum islam) dikau sudah berjaye, ketahuilah duhai diri...banyak lagi yg perlu dikau pelajari dan fahami..
for myself don't give up n stress..wat teman2...tabahkan hati kuatkan semangat..insyaallah kite boleh ke final..Yakinlah dengan kalimah LAILAHA ILLAHLLAH, sesudah kepahitan pasti ade kemanisannya..SEMANGAT3x...esok de lg compre ngan ibuk plak...bersedialah...Ya Allah permudahlan lah segala2 nya..ameen.
*cepat2 la abes rindu sgt kat ummi,nak balik malaysia....=(

syafakillah

syafakillah buat housemate yg kne tahan kat hospital akibat usus buntu...mge cpat sembuh..
take care smue...warningku yg terakhir "selalu2 la makn yang telat sama banyak2 lah makan cabe yow.." biar rumah sakit penuh dgn kita2....(",)..

JAMBI independent
*usus buntu=apendik
*cabe= lada
*telat=lambat
*yow=yer

miN jAmbi


"Eid MuBArak DR jaMBi IndoNESIA

satu pagi di hari raya..
aku sujud memuji Mu..
satu pagi di hari raya...
aku sujud membesarkan Mu...
......
gema takbir di pagi raya, kuteringat kampung halaman...
aku di perantauan tak berdaya menahan sebak
gema takbir di pagi raya, kuteringat kampung halaman...,
kurindukan ibu di sana, keluarga sanak saudara, hanya doa kukirimkan...

.... by Raihan

.::sAlam Eidul Adha::.






Elhamdullillah bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana diberi sekali lagi peluang untuk menyambut Hari Raya Korban.Sekali lagi semua masjid-masjid dan surau-surau bergema suara takbir memuji Allah yang Maha Esa.Banyak pengajaran korban yang dapat kita fahami selain daripada korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s ke atas puteranya Nabi Ismail a.s kerana menurut perintah Allah.
Pengorbanan masa yang kita peruntukkan untuk hadir setiap waktu berjemaah di masjid dengan meninggalkan anak dan isteri adalah satu pengorbanan yang suci.Namun pengorbanan begini amat payah untuk dilakukan oleh beberapa umat Islam kerana sayangkan harta,anak-isteri,program teleivisyen dan sebagainya maka kita lupa untuk mengorbankan masa bagi menghabiskan sisa-sisa hidup menyerah diri kepada Allah swt.Ada juga yang sanggup mengorbankan wang ringgit kepada perkara-perkara yang melalaikan tetapi tidak sanggup berkorban untuk ternakan sembelihan bagi diagih-agihkan kepada yang hak.
Seharusnya umat Islam perlu sedar pengorbanan terhadap agama Islam perlu diletakkan yang teratas sekali melebihi pengorbanan masa yang diperuntukkan untuk mencari kekayaan dunia.
Sedar atau tidak saban tahun kita masih boleh lagi bernafas setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidiladha tetapi jika dihitung dengan umur kita, ia semakin bertambah dan hanya menunggu dijemput oleh Allah swt.Sesungguhnya bagi mereka yang berkesempatan mengerjakan fardhu haji di Mekah adalah satu lagi bentuk pengorbanan.Segala kesenangan dan kemewahan ditinggalkan demi menyahut seruan Illahi untuk mengerjakan haji.Kepayahan dan kesulitan dalam mengerjakan fardhu haji akan dibalas dengan pahala yang berlipat ganda oleh Allah swt.
Sesungguhnya pengertian korban itu perlu dipandang dari sudut yang lebih luas lagi dan bukannya sekadar mengambil bahagian dalam ibadah korban binatang ternakan.Selamat Hari Raya Eidul Adha

# Second year raye kat rantauan "MESS PELAJAR MALAYSIA,JAMBI....sedih2...buat teman2 n family kat mlaysia makn2 tu ingat2 la kami yg berada dirantauan n buat anak2 rantauan selamat berhari raya n jgn sedih2...teruskan perjuangan.

"BahAgiakah Ibubapa Kita??"


Salam rindu buat keluarga ditanah air...

Moga lebih banyak hati-hati yang keras dan hitam disucikan dengan air mata fitrah dengan memberi masa untuk membaca kisah realiti yang sememangnya berlaku dan sentiasa berlaku disekeliling kita ini semua.

Selamat membaca..


Assalamualaikum ,


Hayatilah kisah ini…….dan jagalah sebaik mungkin kedua ibu bapa kita sementara ada hayatnya……..

sub:bahagiakan ibu bapa

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya

turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu..

Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.

"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.

Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

"Pah.... oo...Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

" Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke

sana.Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."

"Betullah Pah oii..... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena
bayar segera selewat-lewatnya minggu depan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga

sekurang-kurangnya dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu

seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan

harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei.

"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu.. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula

kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun

tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak

akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

"Tapi bang?... " "Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala.

Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz

menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik

tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis.

"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya?.... ," balas Pak Uwei.

Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan.. Sikap degil dan tak

mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang

berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah.. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap

keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing..

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat

Intan yang hendak bekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan

menaikkan darah Pak uwei.

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang

duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun

sama aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau.. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap

abah macam kau ni!"



"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan

membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.



"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?,

telangkup ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!"

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat.

Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya.
Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang,

tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`,

mereka duduk berborak di ruang tamu.


"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara.

"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.... Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi

abah nak minta Kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan

dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.

"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat- lewatnya minggu depan."

"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun

habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya PakUwei melindungi kekecewaannya.

"Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri.

Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit

kamu tu bila ada rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada Balkis....

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man.

Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok

pakai duit pinjaman."

"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan

Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai

ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah

bersuara cuba meredakan keadaan.

"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu lama-lama... Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-

sama tak pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya

dengan rasa kesal.

Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa

abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.

"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila

menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?" "Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."

"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak

Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak

cili api." "Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis.

Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak

dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar

yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.

Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang

hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak......"

"Habis tu?" "Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu.. Yang ni, resit memasukkan duit ke akaun mak.

Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa

selamat sebelum berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya..

"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali

kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az

dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa

dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana

Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang

tak seberapa ini dari Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia..

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang

jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas

keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan..."

"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan......"ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," MakPah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh

kesyukuran..

"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati

dengan perasaan gembira bercampur hiba..

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di

Mekah.

"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?"

"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."

"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar

perbualan dua-beranak itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan

akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan

itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam

keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak

terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata

sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.

"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.."

"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

"Mak... abah.... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei..

"Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei terasa hampa.

"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari

mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat

kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia

gelihati.." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu, abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi

jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"

"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman menukar tajuk perbualan..

"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long

Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata..

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya...

"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana,dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju

bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az.... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada

tepi pintu. "Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya..

" Kenapa Az ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan...

"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.

Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan.. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu

mengelilingnya.. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik

haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.

Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei

menepuk lembut bahu Mak Pah.

"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah tersedu sedan.

"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak

kemaskan rumah sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit

kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan

sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian

mereka.

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana .. Hanya

satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."



Tamat.....

Menitik air mataku

Moral cerita ... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita bernyawa. Renung-renungkan. .....

Allah telah menetapkan setiap yg di jadikan olehNYA pasti ada perkara yg TERSIRAT...

Bermohonlah supaya kita di beri HIDAYAHNYA... kerana ia adalah jalan yg sukar ditemui w/pun kita Seorang yg CELIK matanya...


*ummi na abah ku pohon doa darimu moga anakmu yang berada dirantauan diberi kesihatan dan kekuatan dalam menempuh ranjau2 kehidupan..fieAmanillah

"cerite arini"


Program arini pagi2 sekitar jam 6.00wib lagi kami ahlibait p kantor gabernur salah satu tmpat tuk b'jogging...dr umah berjalan kaki ambil mase 30 minit..wah letih2...tapi semanagat tuk menjage kesihatan tu ade maka kami gagahkan kaki tuk smpai kat datarannya..ceh..betulke ade "semangat jage kesihatan..."ermm,,,
ramai sgt org arini..sampai je..cam ade konsert..tak tau konsert ape..sebab tujuan kami bukan nak tgok konsert tapi nak berjogging.,,,haa..pas jogging n pusing2 amik pic kat kantor gabernur...kami pakat2 duk pekena soto surabaya....bak kata salah sorg housemate.."wah..andai korg makan soto ni,,,meninggal,,,,sedap.." tayo2 je..haa...klu nak tau meh la dtg Jambi..



pas abes p jogging duk umah..sambung wat skripsi yang tak abes2....sekarang ni tgh loading bab 4 n 5..pastu bru antar kat dosen pembimbing tuk pembaikkan...bile la yek nak antar?? mnggu ni da eiduladha...takpe2...nyatai2 aja kalieq..."wat teman2 doakan kami mge dimudah2kan..."



after wat skripsi..kami housemate nak p pasar bawak adik2 baru kami yg manje2 belaka tu jalan2..tapi disebabkan salji melanda bedeng hj.hassan knela postpone..maka solusi dr tak p pasar..haa...kami wat games kat umah..apedie?? "menatap wajahmu...."
best2 games ni...hehe

la ni...kami..kenapa kami??? sebab kami da takleh nak dipisahkan walau kemane msti bersama...skarang ni masing2 tgh layan laptop kt warnet..ya Allah berkatilah dan redhakan hubungan kami....ameen.

Doa Rabithah

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

"jambi independent"


salam dr perantauan...
harini masuk ari ke4 kite demam..elhamdulillah mujur ade ahlibait yamg memahami n yg merawat..la ni da ok sikit tnggal batuk2 jer...nak p Apotik (klinik) takut...opss bkn takut tapi ##### nak jmpe Pak Doktor...selalu jgk kne marah dgn kak anis n maya...wat ever la...janji awin n mad da standby kan panadol...buat ahlibait yg tersayang....terimekasih ats jasa kalian....moge Allah yg membalasnye....syukran 'ala kulli hal...rase sedih la plak nak berpisah kan...lagi 2 bln kite bersama di rantauan...byk sgt da memory suka n duka da kongsi...picture2 pun da berlambak..bak kate fiqa n dila (adik baru umah) "byknye gmbar korg nak muntah ktorg tgok.." hehe...wat adik fiqa n dila ni bru pic tuk satu tahun andai 4 tahun kami kat jambi bkn termuntah tapi terpengsan tgok....

apepun yg terjadi "semakin hari semakin syg..." betul tak?? betul kan...hehe

"PuTEriKU SaYanG"

ADUHAI PUTERI KU SAYANG
PUERIKU SAYANG

LEMBUT MU TAK BERERTI
KAU MUDAH DIJUAL BELI
KAU MAMPU MENYAINGI
LELAKI DALAM BERBAKTI

LEMBUT BUKAN HIASAN
BUKAN JUA KEBANGGAAN
TAPI KAU SAYAP KAU SAYAP KIRI
PADA SUAMI YANG SEJATI

DI SEBALIK BERSIH WAJAHMU
DI SEBALIK TABIR DIRIMU
ADA RAHSIA AGUNG
TERSEMBUNYI DALAM DIRI

ITULAH SEKEPING HATI YANG TAKUT PADA ILLAHI
BERPEGANG PADA JANJI
MENGABDIKAN DIRI

ADUHAI PUTERIKU SAYANG
PUTERIKU SAYANG

MALU MU MAHKOTA YANG TIDAK PERLUKAN SINGGAHSANA
TETAPI IA BERKUASA MENJAGA DIRI DAN NAMA
TIADA SIAPA YANG AKAN BOLEH MERAMPASNYA
MELAINKAN KAU SENDIRI PERGI MENYERAH DIRI

KETEGASANMU UMPAMA BENTENG NEGARA DAN AGAMA
DARI DIROBOHKAN DAN JUA DARI DIBINASAKANNYA
WAHAI PUTERIKU SAYANG KAU BUNGA TERPELIHARA
MAHLIGAI SYURGA ITULAH TEMPATNYA

# LAGU TEMA : KAMPUS HURUN’IN 9th GENERATION (MARSAH) 07/08.

"BIcaRA hAWA"

Assalamualaikum……

Bicaraku kali ini adlh tentang hakikat cinta HAWA…ya tentang cinta mmg tidak akn pernah habis dibicarakan….dAku bukan pujangga yg hebat dalam membahas tentang cinta. dAku ingin bicara atas nama wanita. Wanita adalah makhluk yg sempit akal dan mudah terbawa-bawa emosinya…sangat mudah bg golongan adam utk membuat golonganku bermimpi.


Tolong..berhentilah memberi angan-angan kpd kami. Mungkin kami akn memuncung tika di sapa, atau membuang muka kalau di puji. Tetapi sejujurnya, ada perasaan bangga. Bukan suka kpd kamu (mungkin)tetapi suka kerana diperhatikan lebih.


Di antara kami, ada golongan hawa yg pandai menjaga diri. Tetapi tidak semua kami mempunyai hati yg suci. Oleh itu kpd golongan adam....jangan kamu tawarkan sebuah ikatan bernama ta'aruf bila kamu benar-benar belum bersedia akan situasinya. Sebuah ikatan yg tidak pasti yg boleh jd berumur tidak Cuma dalam hitungan bulan tetapi menginjak usia tahun, tanpa kepastian bila akan dipastikan. Seringkali .....persahabatan itu dibungkus label 'ukhwah fillah' dan seringkali jg persahabatan antara golongan hawa dan adam ini dijangkiti virus yg bernama 'rasa' dan 'makna'...kerana tiada suatu hubungan pun yg tidak berkait dgn soal 'rasa' .


Sebelum kamu memutuskan untuk mendatangi kami...jwb dulu pertanyaan ini dgn jujur. Setelah tiga bulan kamu mendatangi dan menyatakan cinta, kamu masih belum bersedia mengikrarkan dlm sebuah pernikahan??atau kamu masih memerlukan masa yg lebih lama dan meminta kami menunggu dgn alasan yg tidak syar'i dan terlalu duniawi....jika jwpn kamu YA, bermakna kamu lebih 'hebat' dan 'berani' daripada Saidina Ali. Dia hanya berani mengatakan cinta kepada Fatimah, setelah menikah. Ali.. Pemuda kesayangan Rasulullah s.a.w tetap menunggu waktu bertahun-tahun untuk mengatakannya. Bukan kerana pengecut, tetapi kerana dia adalah lelaki kualiti syurga.


Tolong, kami tidak ingin menyakiti hati calon suami kami yg sebenarnya. Mereka berusaha menjaga hijab, agar datang kpd kami dalam keadaan suci hati, tetapi kami malah menjaja cinta kepada lelaki yg belum tentu menjadi suami kami. Atau kamu sekarang sudah berani menjamin bahawa kamu adlh calon suami kami yg sebenarnya???.maaf... wanita itu lemah dan mudah ditaklukkan. Sebagai saudara kami, tolong..jagalah kami. Kerana kami jd lemah dgn surat cinta kalian.


Bukankah akn lebih indah bila kita bertemu dgn jalan yg diberkati-Nya? Bukankah lebih membahagiakan bila kita dipertemukan dlm situasi yg diredhai-Nya?

Bukan Cuma saat menikah, tetapi saat pertemuan yg juga bebas dari maksiat. Allah maha Pencemburu Dia maha Memiliki kami..maka mintalh kepada-Nya sebelum mendatangi kami.


Akhir kalam....

Tentang jodoh..daku takkan runsingkannya lagi, seperti halnya takdir lahir dan takdir mati. Takkan mengundur dan ke depan sedikit pun. dAku yakin ssorang di sana telah diciptakan Allah khusus utkku. Bukankah manusia diciptakan berpasang-pasangan. Mungkin dia, mungkin jg bkn. Bila dia adalah ikhwan yg baik bagiku, namun Allah tak izinkan dia utk menikahiku, maka daku yakin Allah telah menyediakan ikhwan yg jauh lebih baik daripda dia utkku. Kerana daku tahu Allah takkn pernah mengecewakanku.


Tentang dia...dia mungkin telah tersedar telah mensia-siakan waktunya utkku...ya,jalan itu masih panjang....dan dia pun memilih mencintai Kekasih Sejati daripada diriku..subhanallah..bagaimana mungkin aku tidak semakin mencintai dia.....dan jelaslah bahawa dia berhak mendapatkn wanita yg jauh lebih baik daripadaku...kudoakan semoga dia dikurniakan isteri yg solehah, yg jauh lebih baik daripada yg pernah di bayangkan sebelumnya...kerana Allah takkn pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya.


"Ya ALLAH daku memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, dan cinta kepada orang-orang yg mencintai-Mu, juga kpd amal perbuatan yg akan mendekatkan diriku untuk lebih mencintai-Mu.."



UnTuK YaNg TerIstImEwa


dAku menerimamu

Kerana cintamu pada-Nya

dAku mengasihimu kerana

Kasihmu pada-Nya

Adakah daku kau pilih

Kerana pilihan-Nya untukmu?

Terimalah daku bukan kerana mahar

Yang kau beri padaku

Bukan jua kerana cintamu padaku

Melebihi cintamu pada-Nya

Tetapi kerana aku adalah

Perempuan yg dijodohkan-Nya untkmu

Kasihilah aku...sayangilah aku..

Kerana ketaatanmu pada-Nya

Moga mahligai yg dibina

Direstui...diberkati...

Hingga ke syurga...


"dAkU MeNciNTaiMu KeRaNa aGaMa Yg AdA PaDaMu..JiKa KaU HiLaNgKaN aGaMa DaLaM DiRiMu MaKa HiLaNgLaH CiNTaKu PaDaMu...ALbY nAdAk......"

"Last Day Kat Mahkamah"

Selaut kesyukuran ke atas Mu Ya Rabbul Izzati di atas nikmat iman dan islam yang kau berikan ke atas diriku ini.....Elhamdulillah, ari ini merupakan ari terakhir penelitian ku di mahkamah daerah kelahiranku..banyak ilmu dan pengalaman yang ku dapati sepanjang membuat kajian di cni..kepada STAFF MAHKAMAH SYARIAH, terima kasih di atas maklumat yang disampaikan..Khususan ila buat Kak Ina dan Yang Arif Tuan Hakim Hj Syahrulnizam bin Hj Saad...Jazakallahu khairan kasiran, jasa dan budi kalian amat daku hargai.

Actually, petang td sebelum daku melabuhkan tirai di mahkamah sempat juga ku mengikuti 8 kes perbicaraan...semua nye termasuk dalam kes jenayah syariah..Astagfirllah.
For 8 kes ni majoritinya adalah kes khalwat, zina, yang kesemua ini ditangkap oleh pihak Penguatkuasa Jabatan Agama Islam atas aduan orang ramai pada bulan ramadhan dan kebanyakkannye berlaku di Hotel. Wah..ingat bulan ramadhan takde kes gini rupanye dalam diam-diam mereka2 melakukan perkara sumbang ini tak kira bulan..wal hal sudah dimaklumi bahawa bulan ramadhan bulan mulia , "amar ma'ruf nahi mungkar"..akan tetapi mengapa perkara ini berlaku pada umat akhir zaman??? Renung2 kan lah dan fikir2 kan lah wahai kaum Muslimin dan Muslimat yang dikasihi Allah subhanahu wata'ala...

* sbenarnye nk uploud pic Tuan Hakim tapi msih dlm digital..afwan Tuan..

"Perceraian Dalam Tinjauan Hukum Islam"

Perkahwinan mengikut hukum Islam adalah pernikahan yaitu ikatan atau akad yang sangat kuat, disamping itu perkahwinan tidak lepas dari unsure mentaati Allah dan melaksanakannya. Ikatan perkahwinan sebagai ikatan yang kuat atau sebagai “Misaqan Ghalizan” dan mentaati perintah Allah bertujuan untuk membina dan membentuk terwujudnya hubungan ikatan lahir dan batin antara seorang pria dengan seorang wanita sebagai suami istri dalam kehidupan rumah tangga yang bahagia dan kekal berdasarkan syariah.

Seperti yang dijelaskan oleh firman Allah surat An-Nisa ayat 21 yang bermaksud:

“dan mereka istri-istrimu telah mengambil dari kamu janji yang kuat”

Oleh karena itu masalah kawin cerai merupakan suatu hal yang dilarang oleh hukum Islam maupun hukum moral. Islam hanya menganjurkan dapat disambung lagi, maka cerai itulah jalan satu-satunya yang jadi pemisah antara mereka itu. Talak dari segi bahasa ialah melepas dan terlepas. Manakala dari segi syara`, talak dimaksudkan sebagai merungkai ikatana perkahwinan dengan lafaz talak dan sebagainya. Dan menurut asalnya hukum talaq terbahagi kepada 4 yaitu wajib, sunnat, haram, makruh.

Dari Ibnu Umar katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w : “Barang yang halal yang amat dibenci Allah yaitu talaq”. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah.

Sesudah itu dengan menilik kemaslahatan atau kemudaratannya maka hukum talaq ada empat perkara:

1. Wajib - yaitu apabila terjadi perselisihan antara dua suami istri, sedang dua hakim yang mengurus perkara keduanya sudah memandang perlu supaya keduanya bercerai.

2. Sunnat - apabila suami tidak sanggup lagi membayar kewajibannya membayar nafkah dengan cukup, atau perempuan tidak menjaga kehormatan dirinya.

3. Haram - dalam 2 keadaan pertama menjatuhkan talaq sewaktu istri dalam haid dan kedua menjatuhkan talaq sewaktu suci yang dicampurinya dalam waktu suci itu.

“Suruhlah olehmu anakmu supaya dia ruju’ kepada istrinya itu, kemudian hendaklah dia teruskan perkahwinan itu sehingga suci ia dari haidnya, kemudian ia haid kembali kemudian tidak suci pula dari haid yang kedua itu. Kemudian jika ia kehendaki boleh ia teruskan perkahwinan sebagaimana yang lalu, atau diceraikannya sebelum dicampurinya. Demikian iddah yang disuruh Allah supaya perempuan ditalaq sewaktu itu.”

4. Makruh - yaitu hukum asal daripada talaq.

"Islam telah menetapkan garis panduan bagi permasalahan dalam rumah tangga dimana talaq ini adalah satu jalan yang diberikan untuk mencari keputusan keluarga yang dilandai masalah. Namun talaq adalah perkara yang paling di benci oleh Allah walaupun dibenarkan karena talaq adalah jalan terakhir bagi penyelesaian konflik rumah tangga"

"Kasus Syariah"

Salam keafiatan buat pembaca, dalam kesempatan syawal yang masih berbaki ini ini ingin ku ucapkan salam eidulfitri maaf zahir batin.
Sbnrnye penulis bru je lepas baca satu blogs yang sering menjadi kunjungan, kat dalam entry dia banyak membicarakan tentang pernikahan. Wah hebat..Mabruk.

Bagi permulaan era baru ini penulis ingin berkongsi pengalaman tentang masyrakat yang pernah dihinggapi kes perceraian.Pada minggu lalu penulis mengadakan penelitian lapangan di Mahkamah daerah tempat kelahiran, semasa sesi membelek fail kes, banyak jugak masyarakat yang sudah mendirikan rumahtangga,elhamdulillah..tetapi pada hakikatnya “semakin banyak pendaftaran pernikahan semakin banyak jua pendaftaran perceraian” kerana apa?? Erm… dalam beberapa asbab yang bakal penulis kemukakan sempat juga penulis mewancarai mereka yang terbabit :

  1. Penikahan pada usia yang masih muda, banyak pernikahan yang dilakukan atas keinginan darah muda rata-rata yang melakukan pernikahan ini mereka yang masih belum mengetahui tentang tujuan atau dasar pernikahan itu sendiri yang mereka tahu hanyalah memuaskan nafsu semata-mata.

Yun(bukan nama sebenar) menjelaskan bahawa :

“ Saya menikah waktu tingkatan satu di sekolah menengah, pada waktu itu saya sudah berpacaran dengan seorang pemuda setempat, kemudian kami menikah namun ternyata kami tidak sesuai maka kamipun bercerai”

  1. Hal ini juga sebenarnya atas desakan ibibapa yang kononnya apabila mempunyai anak perempuan yang sudah meningkat remaja, maka mereka cepat-cepat menikahkan anaknya dengan alasan bahwa takut anaknya tidak kebagian jodoh dan malu mempunyai anak gadis yang lambat jodoh.

Zainab (bukan nama sebenar) mengatakan bahawa :

“ Saya menikah atas kehendak orang tua saya pada umur 14 tahun, di dalam rumah tangga kami sering bertengkar dan akhirnya saya diceraikan.”

· Setelah diteliti, maka penulis beranggapan bahawa rata-rata mereka yang berkahwin muda mempunyai banyak masalah dalam menangani masalah rumah tangga karena itulah Undang-undang Keluarga Islam telah menetapkan syarat-syarat dan mengatur batas usia dalam melangsungkan pernikahan, hal ini telah diatur dalam pasal 8 Umur minimum untuk pernikahan yang menyatakan :

“Tiada sesuatu perkahwinan oleh diakadnikahkan dibwah akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan sekurangnya kurang daripada 16 tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal tertentu.”

Selain itu Islam juga telah memerikan contoh tauladan yang baik di dalam melaksanakan perkahwinan yaitu Rasulullah S.A.W sendiri telah menikah dengan Siti Khadijah ketika usia baginda 25 tahun.

  1. Atas sebab pendidikan juga perceraian sering berlaku karena mereka yang mempunyai pendidikan yang relative rendah apatahlagi dalam bidang agama. Kekurangtahuan mereka tentang kehidupan berumah tangga dan minimnya pendidikan inilah yang sering menimbulkan pergaduhan.

Latif (bukan nama sebenar) :

“ Saya berhenti dari sekolah semasa tingkatan 1, kemudian saya bekerja sebagai pembantu biasa, setelah mempunyai duit saya bernikah dengan seorang wanita dan kemudian selepas menikah saya dibuang kerja akibat saya tidak melakukan pekerjaan dengan baik. Isteri saya sering marah karena saya tidak mempunyai pekerjaan untuk membiayai makan minum dan sebagainya, maka akhirnya kami berpisah”

  1. Kaji punya kaji sebab yang ke4 ni pula kerana faktor ekonomi, mereka ini tidak mempunyai pendidikan yang tinggi sebenarnya, jadi bekerja hanya sebagai buruh binaan, pertanian dan perikanan yang mana penghasilan mereka ini tidak menentu sehingga kadang-kadang tidak cukup untuk keperluan sehari-hari. Untuk lebih jelas kita ikuti wawancara berikut :

Mengikut penjelasan Aminah (bukan nama sebenar) :

“ Kami bercerai setelah hampir setahun kami mendirikan rumahtangga, kemudian suami saya tidak mempunyai penghasilan yang cukup untuk makan minum pakai sehari-hari, maka dari terus susah lebih baik bercerai

Abdullah juga berkata :

“ Saat itu saya tidak mempunyai pekerjaan, sedangkan istri saya menuntut terus menerus untuk dibelikan itu ini dari sakit kepala lebih baik saya ceraikan saja dia”

Inila reality masyarakat sekarang, cerai punya cerai tahukah mereka tentang Perceraian menurut pandangan Islam? Adakah boleh perceraian dilakukan sesuka hati? To be continue... jumpa dalam entry akan datang, syukran.