~Buat hati&Jiwa bersabarLAH~

Kadang2x bila kita dilanda dengan pelbagai musibah, ujian, masalah dan dugaan...hati kita sering sahaja merintih, merungut, mengeluh...kadang2x dilubuk hati kita pasti terdetik dan mempersoalkan, "Kenapa aku di uji sehebat ini?", "Kenapa aku di uji? bukan orang lain? " dan macam2x lagi persoalan timbul di sanubari kita...KETAHUILAH...

KaDaNg-KaDaNg kita TerLaLu BaNyaK MeRanCanG,
TeTapI KuRaNg MemOhoN uNtuK diPerkeNanKaN..
KaDaNg-KaDaNg kita TerLaLu BaNyaK BerFikiR,
TeTapI KuRaNg TawaKkaL..
KaDaNg-KaDaNg kita terlalu BaNyaK RisAu &
KuRaNg OptiMis....
KeRaNa kita KaDaNg-KaDaNg TerLupA,
UjiAn itu TaRbiYYaH ALLAH.."

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang,
kita diberi cubaan dengan kehilangan,
Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan,
kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang,
sesungguh Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya.
saat ditariknya nikmat yang ada,
Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga.
jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi

* Tak semua yg kita minta akan kita miliki. Tp apa yg kita miliki sekarang seeloknya kita hargai..Ujian Allah akan manis tatkala kita menghadapinya dengan 'SABAR & REDHA'.

~Usahlah bersedih..sesungguhnya Allah bersama kita~

~syukur pada Illahi kerana DIA tahu apa yang kita perlukan….~

ELhamdulillah

By : Tinta qaSieh_qirana..✿◠‿◠

..Sakit = PEnawar..


"mOrning Yang RomanTik"

Salam buat semue blogger.....
"BANGUN PAGI, GOSOK GIGI, CUCI MUKA ..TERUS MANDI...(*_*)"
(sila nYanyi ikut reNtak & irama)
waaaaaaaaaaaaaaaa.......riuh rendah rsenye pg ni,
el-maklumlah ari pertama persekolahan sesi 2012 buat semue para
Pendidik, Pelajar @Murid...
SEMANGAT!!!SEMANGAT!!SEMANGAT!!!
..Mulakan pagi ini dgn Sujud padaNya..
Agar kehidupan kita lebih diberkati dan diRedhaiNYA
Ameen
Ceritera : PAgi2x bukak TV mcm2x ragam anak2x kecik yang bru mengenaL erti bangku sekolah......expecially murid 5/6/7 tahun......ade yg menagis, suke & mcm perasaan yg dpt dilihat......terasa rindu plak zaman sekolah2x..(*_*)....wink3x..
Just to sharing = Pagi ni adalah "Morning yg romantik" buat diriku coz :
  • tidak perlu start enjin kereta
  • tak perlu ke sekolah
  • tak perlu check RPT
  • tak perlu...n tak perluuuuu....

tapi...semuenye hnye sehingga hujung bulan ini.....hihi

"Apepun dimana anda semue berada...

Laksanakan tanggungjawab anda dgn penuh KEIKHLASAN"

KERANA TANGGUNGJAWAB ITU AKAN DI TANYA dI ..."SANA"..@:---

mOOd this piCture : teringat mse "BERSAMA"

bersama memakai kembali "BAJU SEKOLAH" wlupun sudah di alam "JAGUNG BAKAR" =D

by : tinta qasiEh qirana

Secebis naluri utk dikongsi..

Salam buat blogger...
Jam di skrin laptop sudah 1.59am hampir jam 2.00am...
namun jari-jemariku masih ligat/ ingin menari-nari dan bercengkerama bersama kEybord ...
lantas ku akur dan terus mengikutinya menerusi alunan irama fantasi diri sendiri..
(Sasterawan banget ni... =D)
'Ala kulli hal..pagi ni, ku rase ingin berkongsi satu naluri/perasaan..
tentang jiwa@raga.....ermmm..yang penting tentang kerinduan....@;---
.::Kerinduan pada sesuatu yg pernah dikecapi::.
First" ديبلوم " at مرسة
degree with my Sweet Freind's
"LautaN sumaterA"
~ELHAMDULILLAH~
.::kerinduan pada mereka yang sentiase bertamu dihati::.
"SELURUH KELUARGA YWD"
"Memori Tercipta di SecondarY scHooL"
~SMA,Bugisah Tampok~
.::RAkan2x seperjuanGan mendamba MARdhatiLLah::.
~MARSAH~
.::TAutan Ukhuwwah, IkaTan SUci::.
~El-jamiaH suLthan thaha Saifuddin_jAMBI indepenDent~
.::Kerinduan pada mereka yang sgt dikasihi sudah bertemu RabbuL izzati::.
Al-marhum Hj.Mohd Shahedek B.Hj Dumang
"KETEGASANMU MEMBAWAKU MENGENAL ERTI DUNIA&AKHIRAT"
with my sweeT bro al-marhum Mohd Ashaf B.Burhanuddin (Azli)
Anak ke-4 dr permata Ayahbonda menyahut seruan Illahi 17/10/2010
"PENGORBANANMU SENTIASE KAMI INGATI"
Kerinduan itu semestinya perlu diubati dengan Syifaud Dua'.
SERTA PERLU DI AKUI BAHAWA
kerinduan pada Sang Pencipta itulah yang Abadi.
"Usahlah dikau merindui sesuatu itu melebihi rindumu padaNYA"
~RiNdu pd Haramaian~
by : tinTA qasieH qiRana

.::mOmeNt 2011::.

Assalamualaikum kpd semue.......Moga sihat Sokmo.
Wahh....setelah sekian lame tak menaip, rase janggal pula...lame sungguh Blogs ni menyepi...
Sepi tanpa Entry baru...apepun kpd semue Blogger
كل عام وأنتم الى الله أقرب
2011 sudah pun meninggalkan kite 2012 sudah smpai
weLcome 2012....
Umur semakin muda, kubur semakin mari
(slh statment umur semakin tua, tak snggup nk taip keyword "tua" tu..hehe)
Apepun Amal Ibadah perlu di tambah.....n ISTIQAMAH
Untuk tiket menuju JANNAH el-FIRDAUSI....@;---
ELHAMDULILLAH
SYUKUR PADA ILLAHI 2011/1431 n 1432h pelbagai kenangan manis n pahit terLakar..
Januari/2011 : stay tuned
kat home-home sweet home menghitung hari...
"berapa byk butir2x beras sudah ku habeskan..." =D
Februari / 2011 : Asslamualaikum,
Raihana esok awk lapor diri di Sjk (c) Lok yu 6 yer....
Baik tuan...
"Mengajar sekolah cina ke?? Satu pengalaman yg baru....dimana pun ku berada, Tanggungjwb perlu digalas.....Syukur Elhamdulillah diberi peluang utk berbakti kembali..."
Thanks to ALLAH
Mac/2011 : Kene pinang....
opssss, bukan la......hihi...yg penting kt reminder hp tertulis
"Ade cerita disini....sedih sgt..Moge segalanye ade hiKmah"
Apakah???? Apepun yg berlaku Still smile k.....doN'T give Up....
wlu kite susun perancngan kite dgn rapi, cantik....namun Allah laksanakan segala perancangannya lagi baik n sgt cantik...
DIA MAHA MENGETAHUI...=)
April/2011 : Menghadiri pelbagai pertemuan...
Multaqa' Guru Pendidikan Islam, MJ 50tahun, bersama Pengarah n mcm2x lagi.....
"KESEMPATAN ITU TAKKN DATANG 2 KALI, oleh itu REBUTlah peluang yang ADA"
Mei/2011 : My sweet bezday
"Ya ILLahi, ku mohon permudahkanlah segala urusanku dunia dan akihiratku...."
Ameen
Jun/2011 : Setting Plan on Ogos
" Ya Rabb, Ikhlaskan hati ini untk segalanya"
Ameen
Julai/2011 : Preparation's perjalanan Ogos
"Ya Rabbul Izzati, Engkau Maha Mengetahui setiap perjalanan hambaMu, KU mohon padaMu Redhakanlah Setiap langkah kaki ku ini...untuk menggapai MARDHATILLAH mu..."
Ameen
"Kenduri Tahlil untuk BABA n AZLI.....moga kalian aman di persemadian sana,,,Nantikan kehadiran kami semue..sesungguhnnye kerinduan ini tidak tertanggung lagi...
Allah...kuatkan hati kami semua..ameen"
Ogos/2011 : Ramadhan,Syawal kareem & Lambaian Kaabah
Berangkat sebagai tetamu ALLAH,penziarah Rasulullah s.a.w Moge kami mendapat UMrah maQBULLAH.....hadiah dariNYA yg sungguh bernilai...TERIMA KASIH YA ALLAH.
Syawal kembali menyubur cinta mekar tak pernah layu di Haramain...@;---
September /2011 : Kepulangan di sambut dgn Senyuman menguntum
Elhamdulillah, hamdanlillah..
hanya padaMU ku damaikan hati mge sentiase dlm RAHMATAN LIL 'ALAMIN, syukur Ya Rabb
(Terima kasih kpd keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan ats doanya dan Syukran jazilan kpd crew & jemaah Andalusia)
~Elhamdulillah daftar Sarjana at UTM gembira tak terhingga~
namun.......kegembiraan ini di duga, perginya Ayahanda Ust.Mohamed Salleh b.Sanwan ayh kpd Adik kami Sumayyah Bt Mohamamed Salleh..
"Ya Allah kau berilah kekuatan, ketabahan kpd mereka di ats Ujian yg kau berikan..."
Ameen
Oktober/2011 : Genap setahun
pemergian BABA@atuk tersayang Al-marhum Hj Mohd Shahedek B.hj Dumang yg telah kembali ke rahmatullah pd 2/10/2010 jam 5.45 ptg....dipangkuan kami semue..perginya tiada Galang gantinya......
dan Ujian Allah itu benar2x tidak disangke2x.....
Allah lebih menyayangi Adik kesayangan kami juga Al-marhum Mohd Ashaf B.Burhanuddin pd 17/10/2010 di usia 19tahun...perginya meruntuhkan semangatku,,Allah2x...
~masih segar peristiwa di sore itu~
November/2011 : rINDU
Rindu pada Haramain....rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sgt3x
~Moge ade "peluang" lagi untuk ku ke sane...kerna ku rindukan kedamaian dan ketenangan itu~
Disember/2011 : Elhamdulillah
Syukur, Doa tatkala di Raudhah dikabulkan.....ku sujud syukur padamu ya ILLAHI
"tahniah anda berjaye ke temuduga kpli_jqaf, tahniah anda terpilih mengikuti DPLI di USIM, tahniah sbb awk ade new car *JNG* "
Elhamdulillah...syukur sgt...
2011 sudah melabuhkan tirainya.....TERIMA KASIH YA ALLAH kerna memberi ku peluang lagi untuk bernafas di tahun 2012/1432 h dlm nikmat Iman n Islam......
now....
tiba lah masenye utk lakaran "LALUAN QIRANA" 2012...
.::KESIMPULANNYA::.
  • Firman Allah swt: "orang-orang yang berjuang untuk mencari keredhaan Kami, benar benar akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami kepada mereka. Sesungguhnya Allah
    benar-benar bersama orang-orang yang berbuat baik". ~ al-Ankabut, 29:69)
    {Allahurabbi}
  • Setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.
  • Pedasnya kata-kata saudara kita, janganlah kita risau kerana kata-katanya..yang pasti KATA-KATA ALLAH paling utama.

  • by : tinta qasieh qirana

.::mUHAsabaH ciNta::.





Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu






* Ya Illahi amPunilah dosa-dosaku..seseUngguhnya Engkaulah Maha pengampun segala DOSA*


.::pESona dUnia::.



...SAYANG...
satu keyword yg sangat mudah dilantunkan,
namun adakalanya menjadi pertikaian..
MenGaPA??kenapa??
Hanya 1 jawapannya..
Yaitu HAK...

®
.::Tinta qaSieh qiRaNa::.
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

.::meNiti KeDAmaiaN::.


.::SYifaUL-QaLby::.

TerKesima DeNgan SuATU kisaH yang TaK sEmpuRna
apa-apa pun, dah tak mahu bersedih hati lagi.

yang lepas itu, lepas...biarlah ia berlalu
keberangkalian, perkara yang sama akan berulang,
tak mustahil itu berlaku..

Allah.
hanya pada Dia aku percaya dan berpegang sepenuhnya.
dulu aku tercari-cari,
kini tujuanku telah terang bersuluh.
aku tak rugi.
aku takkan pernah rugi.
pasti ada yang terBaik!
lebih baik...fieAmanieLLah

destinasiku, impianku,
kecintaanku..
pada jalan mana ia harus dicurahkan.

Allah..
mengenaliMu, mencintaiMu,
adalah nikmat yang paling besar

barangkali dengan perginya manusia,
Engkau hadir pula dengan seribu satu harapan,
apabila hati pula redha,
Engkau pulangkan segala yang telah hilang..
atau menggantikan yang lebih Baik.

Maha Suci Allah.
Tuhan yang sentiasa menjawab panggilanku,
yang Maha Memakbulkan dOa hambanYa,
yang sentiasa memujuk duka,
yang membuahkan bahagia,
yang menunjukkan tika aku alpa.

"Engkau dekat, penuh kasih sayang.."

Apa sahaja Dia tentukan untukku,
pasti yang TerBaik!
aku tak mahu lagi tertanya-tanya. resah, gelisah. takut dan cemas.
hati yang berbolak-balik, tidak tetap. bimbang, gundah gulana.
dari situ masuknya syaitan menghasut!
dialah yang mengelirukan, menghembus rasa was-was.

biarlah kini aku tetap dengan pendirianku,
menjaga agamaMu,
berpegang dengan taliMu,
menjadi yang terbaik untukMu..
HanYA satu yang ku tuju MARDHATILLAH.

pada saat itu...
semoga hatiku menerima ketentuanNya dengan hati yang
tenang, dekat, dan penuh rasa tanggungjawab serta Redha..

let's stay in the present,
we don't have any time to lose,
i won't waste my life again,
for every second is valuable to me.
®
.::Tinta qaSieh qiRaNa::.
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

.::pUtUs ciNta & Dia JODOH sayakah??::.

brokenheart.jpg

SOALAN

Assalamualaikum ustaz..

Ustaz saya baru putus cinta baru-baru ini. dan saya sekarang dalam kesedihan. Teman lelaki saya dipaksa emaknya supaya berkahwin dengan sepupunya. Sedangkan dia terlalu sayangkan saya. Tetapi dia mengambil keputusan mengikut cakap mak dia. Ini cerita saya..

Sebelum saya putus dengan dia, saya ada kenal seorang kawan. Dia pandai melihat persamaan nama kita dan pasangan kita. Bila dia matchkan nama saya dengan teman lelaki saya, dia cakap 50-50..teman lelaki saya berbelah bahagi.

Jadi dia minta saya terus berusaha dan berdoa. Kemudian dia ade suruh saya jampi dekat air dan minum selama 4 hari air tersebut. Dia cakap kalau saya buat..saya akan link dengan hati teman lelaki saya untuk melihat samada teman lelaki saya ada perasaan dengan saya atau tidak. Selepas 4 hari saya rasa jiwa kosong. Kemudian dia mengatakan teman lelaki saya sebenarnya dah tidak memilih saya, tetapi emak dia. Keesokkan harinya teman lelaki saya menghantar sms bahawa dia terpaksa memilih emaknya bukan saya.

Soalan saya

1)Adakah Allah telah memberikan petunjuk pada saya bahawa dia bukan jodoh saya? Adakah saya boleh terus berdoa supaya jodoh saya ialah teman lelaki saya?

2)Apa yang perlu saya lakukan dimana kawan saya itu mengatakan jodoh saya lambat lagi. adakah boleh saya percaya?

JAWAPAN

Saya bersimpati atas kerunsingan dan kesedihan yang menimpa saudari. Saya juga mengetahui kemurungan akibat ‘patah hati’ dan ‘putus cinta’ adalah amat berat kesannya, khususnya ke atas wanita dan sifat naturenya begitu komited apabila telah jatuh cinta. Apapun, anggaplah ia sebagai satu jalan untuk beroleh kebaikan yang lebih dari Allah swt.

Walau menyedari saudari dalam kesedihan, saya masih berkewajiban untuk menerangkan beberapa perkara asas sebelum menjawab soalan yang dikemukan. Kemungkinan ini akan menambah duka di hati saudari, namun perlu kami katakan yang benar walau ianya pahit dan pedih.

Pertamanya ; Ingin saya ingatkan, cinta sebelum kahwin, khususnya dari jenis ‘cinta mendalam' apabila wujud dalam diri yang jauh dari ilmu, kenipisan iman serta pergaulan bebas adalah KUNCI Syaitan merosakkan iman. Kerosakan dengan amat mudah menyelinap masuk melalui perkataan sang pecinta, tulisannya dan lebih merbahaya merasuk perbuatan mereka dan mendorong kepada 'keterlanjuran kemaluan' atau zina. Mata, telinga mereka menjadi buta dan pekak dari segala jenis nasihat baik dari manusia ramai, mereka seolah melayang di dunia berasingan. Akhirnya pemiliknya kerap tersesat di pertengahan jalan.

Kesimpulannya, ‘cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya. Oleh kerana itu di dalam Islam, jika bertunang,

Keduanya ; Saudari perlu bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana telah melakukan perkara perbuatan syirik apabila mempercayai tukang tilik bomoh yang menilik perkara ghaib melalui tilikan pada persamaan nama dan yang sepertinya.

Lebih buruk implikasinya pula apabila saudari dan teman lelaki mempercayainya, sehingga mengamalkan amalan syirik yang dibekalkan oleh bomoh syirik itu ( iaitu jampi air dan minum untuk ‘link' hati). Ini tidak lain hanyalah penipuan, kesyirikan dan dosa yang maha besar. Bagi mereka yang mati sebelum sempat bertuabt dari dosa syirik, tempat mereka adalah neraka buat selama-lamanya moga dijauhkan oleh Allah swt. Justeru, segeralah menyedari dan kembalikan kewarasan fikiran dan iman saudari yang mungkin sedang rosak akibat ‘virus cinta' tersebut.

Juga nasihat saya buat saudari dan semua pembaca agar jangan sesekali mempercayaai mandi bunga, mandi air kolah masjid dari tujuh masjid atau surau dan yang sepertinya, semua itu tidak lain hanya membawa kepada kerosakan aqidah dan kehilangan berkat sepanjang hidup.

Ketiganya : Berkenaan soalan saudari :

1) Segala dakwaan bahawa dia jodoh saudari atau bukan adalah tidak boleh dipakai sama sekali. Malah jika benar dia berkahwin dengan wanita lain sekalipun, jodoh masih sentiasa terbuka. Tidak mustahil saudari masih lagi merupakannya jodohnya, jika bukan sebegai isteri pertama, mungkin sahaja berkahwin sebagai isteri kedua, tiga atau empat. Jika tidak pun, pintu kebarangkalian masih ada untuk menjadi isterinya selagi si dia masih hidup, mungkin jodoh itu akan bertemu setelah 20 tahun akan datang. Semuanya adalah ketentuan Allah swt dan tiada siapa boleh meramalknya, menafikan atau mendakwa jodoh atau tidak.

2) Berdoa untuk dikurniakan jodoh dengan seseorang adalah diizinkan oleh Islam. Tiada sebarang dalil yang melarang doa untuk memperolehi sesuatu kebaikan sama ada dunia dan akhirat. Doa untuk dijodohkan dengan seseorang yang dicintai, termasuk di dalam doa untuk mendapat kebaikan dunia. Ia diizinkan dengan syarat dilakukan dengan betul, faham dan bersungguh tanpa disertai kepercayaan syirik, jampi mentera karut marut dan ramalan syirik.

Namun demikian, adalah lebih baik untuk saudari memikirkan bahawa ‘kumbang bukannya seekor', malah mungkin yang jauh lebih baik dari si dia. Tiadalah perlu menyusahkan diri dengan terlalu ‘terikat' dan ‘terpahat' kepada seorang lelaki sahaja. Justeru, adalah lebih baik untuk berdoa agar Allah swt mengurniakan jodoh yang lebih baik dari si dia yang telah terhenti di separuh jalannya. Sebagaimana Ummu Salamah diajar berdoa untuk mendapat yang lebih baik dari suaminya yang syahid, akhirnya beliau dilamar oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ya, jauh lebih baik dari seorang sahabat.

3) Di dalam Islam, bagi memperkuatkan doa dan permintaan khas kepada Allah swt, kita dibenarkan untuk ber'tawassul' atau menyebut amal soleh yang kita lakukan semasa melakukan doa. Selain itu, dibenarkan juga untuk bernazar untuk melakukan sesuatu jenis kebaikan tambahan jika doa kita dimaqbulkan. Ia semuanya boleh dilakukan berdasarkan nas dan dalil yang jelas, justeru boleh digunakan dalam hal permohonan jodoh ini juga.

4) Jangan percaya kepada kawan saudari yang menyeleweng lagi boleh membawa kepada syirik itu. Lambat atau cepatnya jodoh tidak boleh diramal. Apa yang penting, Allah swt mengurniakan kepada kita iktihar dan usaha, maka berusaha secara halal untuk memperolehi jodoh yang terbaik buat diri.

Sekian dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Zaharuddin Abd Rahman

Sumber.....

www.zaharuddin.net