Tunjukkan daku jalan Ya Rabb..dan tenangkan hati ini Ya iLLahi,,

"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)." (Surah Al-Balad: 4)


Sekian lama blog ini sunyi tanpa artikel, kala hati ini kusut memikirkan permasalahan moga perkongsian ini dapat membantu diriku dan sahabat2 insyaAllah


Hidup manusia ini tak penah lekang dgn cabaran dan dugaan yg diberikan dari-NYA.adakalanya kita kuat untuk menentangnya dan adakalanya kita sendiri terpaksa pasrah dgn kehendak-NYA.


Tiada sesiapa pn dimuka bumi ini dijadikan dgn penuh kesempurnaan, jadi iman yg teguh dan hati yg tenang dan dgn adanya kekuataan pd diri insyaallah akn diberkati doa org2 yg berada ddlm kesusahan...


Namun, sebaik2 manusia ialah orang yg cemerlang dalam menguruskan kehidupannya dgn baik, dapat mengatasi masalah dan menghadapi apa jua tekanan dengan hati yg tabah. Segala kesilapan yg lalu dijadikan sebagai iktibar dan kegagalan dalam hidup bukan bermakna kita mundur mahupun kalah tapi pandanglah dari sudut perspektif yang positif sebagai pendoorong buat mencapai kejayaan, insyaAllah ...

Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati. Hati yang lemah menyebabkan hubungan dengan Allah menjadi rapuh. Seterusnya akan menjadikan hidup sempit kerana tidak menemui jalan keluar terhadap setiap masalah.


Hati akan berasa bahagia apabila dekat dengan Allah. Sebaliknya hati akan sengsara apabila ia ingkar kepada hukum Allah dan lalai daripada mengingatinya.


Dalam menghadapi tekanan atau stres secara umumnya mengikut kaca mata Islam ada beberapa panduan iaitu:


* membaca Al Quran disamping memahami maknanya. Al Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al Quran seseorang dpat menenagkan hati, fikiran dan jasmani.

* Banyakkan bertaubat dan istighfar. Kita mesti mengenang akan dosa, renungkan kembali nikmat2 yg kita Allah berikan pd kita

* Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara kita mengikuti segala perintah Nya dan meninggalkan segala larangan Nya. Contohnya sahabat2 dan diri ana : tidak meninggalkan solat wajib, lakukan solat sunat danjuga kita hendaklah mengingati Allah dalam setiap ketika.

* Bersedekahlah kerna kadangkala ianya menyebabkn jiwa kite tertekan dan sebaiknya hendaklah memberi sedekah. Dari ana tahu pabila kita bersedekah hati jadi tenang kerna jika tidak bersedekah hati nya dana akhlaknya akan disempitkan oleh Allah swt kerna berkira dengan rezeki Allah.

* Selain itu, hendaklah kita bersangka baik kepada Allah swt. Dalam berbicara hendaklah lebih kita mengfokus butir2 yang positif serta mengharapkan keredhaan Ilahi dalam setiap ucapan kita. Hal ini demikian, setiap lafaz dituturkan adalah doa dan sangkaan kita pada Allah swt.

* Paling utama sahabat2 dan bt diriku jua, apa pun usaha kita hendakalah bertawakal kepadaNya. Dalam erti kata lain, menyerahkan sesuatu perkara kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya. Kerna segala yang kita kecapi adalah kurniaan Allah swt bagi hambaNya terus berusaha meneruskan hidup didunia ini . InsyaAllah




Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diriku mahupun sahabat2 insyaAllaah amin Ya Rabb...


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami "(ayat 286, surah al Baqarah)

Sebulan sudah

Selaut kesyukuran ku panjat kan padamu Ya Rabbul Izzati didalam kenikmatan dan keimanan yang kau berikan padaku..kepada penghulu anbiyak selawat dan salam ku ucapkan padamu Ya Rasulullah krna memberi nur cahaya keislaman kepada ummat2 mu...subhanallah.

Elhamdulillah...arini genaplah sebulan daku melabuhkan diri di Alam pendidik...9/4/2010 aritu daku di lamar oleh JPN johor melalui corong telefon mujur kesihatan ku semakin pulih,,,,dengan hati gembira tambah takut memikul tanggungjawab yang bakal di galas ku gagahkan kaki melapor diri di SK Seri Bahagia....Elhamdulillah dekat da kat area2 umah dalam 20 minit sampai da..syukran 'ala kulli hal..

Skrg ni daku dihiburkan oleh guru veteran Sksb,,,mereka sibuk membuat latihan bersempena hari guru....seronok kat cni semua nye ramah2 belaka..anak muridku pun tak kurang hebat byk ragam dan bnyk juga keranahnyenye...baru ku tahu tugas pendidik yang sebenar bukan saja mengajar tapi mendidik...dan menjadi kan seseorag itu bergenu dema bangsa, agama dan negara.

mge..kehadiran ku dicni dapat membantu dan merealisasikan impian kami2 semua.
insyaallah.

kaDo iStemewa buat ummi,ibu,mak...



Salam....
Sempena hari ibu ini...
ingin ku ucapkan kpd ummi tercinta serta seluruh ibu didunia ini....
"SELAMAT HARI IBU"
Semoga pnjang umur dn d'murahkn rezki serta sentiasa dalam naungan Allah...
Amin!!!!!

.::sEgalanya PadaMu::.


Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitkan berbanding cinta yang terputus apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.

Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran

Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh

Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencintai diri kita.

3. Takdir

Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin ada yang pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

***Boleh jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (QS. al Baqarah : 216)***

Camne???...jawapannya ada pada diri kita sendiri,,diri ini hanya mampu tersenyum ..=) Jangan rasa gusar atau tak tahu nak buat ape... kitakan ada pencipta yang maha mengerti segalanya.. Andai rasa ragu dengan semua ni...ISTIKHARAH lah jalan yang terbaik untk kita pilih yang tbaik,,,mohon betul2 ptunjuk dariNya...


Niat Solat Sunat Istikharah :

" Sahaja aku mengerjakan solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala"

Doa Solat Sunat Istikharah :

"Ya Allah, kami memohon pilihan menurut pengetahuanmu dan kami memohon penetapan dengan kekuasaanMU juga kami memohon kurniaanMu yang besar, kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan kami tidak mengetahui apa2.. Engkau mengetahui segala yang ghaib... Ya Allah, jikalau didalam ilmuMu bahawa urusan kami ini... Baik untuk kami dalam urusan agama kami, dunia kami, kehidupan kami, akhirat kami serta akibat urusan kami,, maka takdirkanlah untuk kami dan mudahkanlah serta berikanlah berkat didalamnya. Dan Ya Allah, Sekiranya di dalam ilmuMu bahawa urusan ini sebaliknya untuk kami, agama kami, kehidupan kami, akhirat kami serta akibat urusan kami,, maka jauhkanlah hal yang demikian itu daripada kami dan jauhkan kami dari hal tersebut serta takdirkanlah untuk kami yang baik2 sahaja dan dimana2 jua, kemudian tenangkanlah hati kami dengan takdirmu"

Amin,,,,Ya Rabbal 'alamin...

iNdahNya mEnJadi Wanita...

Menjadi wanita, adalah anugerah terindah dan keindahan yang menjadi perhiasan dunia. Menjadi wanita solehah, adalah menjadi seorang yang cekal dan istiqamah dalam aura kasih dan kelembutan, yang lahir dari rahim ketaatan pada Rabbnya. Oleh itu, menjadi wanita adalah amanah yang harus dijaga, dan kesempatan yang tak selayaknya disia-siakan.

Mempamerkan lekuk tubuh dan kemilau rambut mungkin kebanggaan di mata umum, tapi sungguh, itu adalah kemurkaan di mata Allah SWT. Sementara jelas aturan itu telah ditetapkan, tentang bagaimana seharusnya wanita menutup aurat, bahagian – bahagian yang hanya halal oleh lelaki yang telah mengikatnya dalam misaqun gholidzoh. Menjadi wanita, adalah menjadi lokomotif bagi tumbuhnya jiwa – jIwa baru, itulah sebabnya mengapa wanita disebut-sebut oleh Nabi saw sebagai tiang Negara, bahkan berperan besar dalam terciptanya peradaban manusia. Dan pada kenyataanya sejarah telah membuktikan demikian, bahwa selalu ada wanita hebat dibelakang lelaki hebat.

Mulianya wanita, hingga syurga pun di bawah telapak kakinya. Beruntungnya wanita, yang disebut tiga kali sebelum akhirnya lelaki ketika seorang sahabat bertanya pada kekasih Allah, siapakan yang seharusnya ia hormati. Dan terjaganya wanita dalam kesolehan, hingga ia menjelma menjadi perhiasan terindah dunia.

Namun, di sisi garis yang lain, ketika menjadi satu penyusun kalimat dalam rangkai kata harta, tahta, wanita. Maka itu adalah bahasa kehancuran bagi kaum adam yang penuh gejolak nafsu duniawi. Wanita, yang telah mengambil peran kewanitaannya sebagai senjata syaitan, senjata paling mematikan yang pernah ada dalam sejarah manusia. Ya, sekat itu jelas, peranan yang satu menjadikannya sebagai perhiasan terindah, sedang yang lainnya sebagai senjata syaitan dan iblis! Lalu muslimah, disisi mana yang kita inginkan? Itu adalah pilihan.. Dan pilihan hanya sebatas tawaran. Tidak ada yang memaksa disini... Namun ingatlah, bahwa setiap hal yang diakukan, setiap pilihan yang diputuskan, harus dipertanggungjawabkan dihadapan sang pemilik alam raya, dimana tika itulah sebuah ketetapan tak mampu lagi digubah.......

WALLAHUA'LAM

.::sudah slmt di tanah air::.

elhamdulillah arini merupakan ari ke-4 berada ditanah air...bermule dgn ari jumaat selamat daKU melangkahkan kaki ke tanah air dgn sambutan oleh keluarga yg dirindui..
sebelum ku dilepaskan ke keluarga sempat daku, k.anis, n maya berpelukan smbil menangis..genap 4 tahun jalinan kami kini tiba la saat perpisahan kami..sedih, sedih yg teramat pelbagai nsihat seorg teman, sahabat, adik hinggap ditelinga ku...Ya Allah pertemukan kami suatu hari nnti.

Selepas terleraian dakapan seorg adik n kakak..daku meneruskan langkah meghadap keluarga..keluarga yg bnyk memberiku erti kehidupan dan semangat,,,berbekalkan doa mereka la daku berdiri hingga ke hari ini..Jazakallahu khairan jaza'..

Jam 10 mlm selamt smpai di rumah, tak sempat masuk bilik ummi duk pnggil tuk ke rumah baba...smpai rumah baba...kesiannye..menitis airmata ni melihat keadaan baba yang kurang sihat...ermm...tanpa fikir ttg kepenatan daku melangsaikan tanggungjwb seorg cucu terhadap datuk yg dirindui...mlm tu tak tido sbb jge baba...pagi sabtu siap2...kne antar baba p hospital ngan mak uda, pak uda n ummi...blik dr berubat trus ke pasir gudang rumah mak ngah ade wat kenduri doa selamat sikit...pastu blik mlm....tido lg rumah baba,,,esoknya ari ahad,,,dapat pnggilan dari kwn..siapa?? Cikin...DUK TFON Ajak p umah Emyliana coz arini die walimah..ermm..mntak izin dgn ummi,..ok kin,...dlm 20 minit ikin amik..siap2...wah rupe2 nye konvoi..ramai yg p...kengkwn dr KL...melaka semue trun..terubat jugak rindu kat semue.. wat Emy..HEPI WEEDING DAY...pasni turn sape plak yerk...wait n see la yer...btw not me??

ermm...ceter hari ahad da lepas...kne ceter ari isnin..haa p jmpe sepupu, alamak die de btau mnggu lepas pak cik lokman ade cari cari tuk masuk keje...cmne terpakse tolak sbb ijazah tak terjemah lg..n lum smpai cni lagi..takpe2...rezeki kat mne2 pum ade i'allah...pastu...mlm cam biase tido umah baba......errmmm......teringat la plak kat sesorng sape yek??? ntah lah..takpe2....mge2 die sihat2 belaka...
selasa ngan rabu,....takde yg best mcm biase...tetibe jer da ade kat pc cc nie....on9 ngan kengkwn Jambi...rindu sungguh kat BAKSO PAK RT...bile dapat mkn lagi ni..............errmm.......zzzzzzzzzz....

* Ya Allah permudahkan segala urusanku dan sahabat2 ku......permudahkan urusan terjemahan ijazah kami....ameen"

lasy day kat jambi...

Detik2 akhir ku di kota jambi,
TerAsa bru semalam smpai di kota beradat ini...pejam celik rupanya genap setahun 3 bulan ku dicini bersama teman-teman seperjuangan meneruskan pengajian S1..esok 29hb merupakan ari terakhir ku dicini...daku kan pulang ke tanah air bersama K.anis,maya, choi n syakirin.. tiket penerbangan jam 1 waktu jambi...feri 4.30, sekitar jam 7.30 m'sia smpai...jam 9 da kne kluar rumah utk ke bandara bg kasus Cargo brg...byk brg..pening2...msti bnyk jugak kne byr...Ya Allah permudahkan urusan kami..ameen.
Untuk kengkwn yang utara n timur duk lalu PALEMBANG tu..semoga selamat smpai...ameen,

Kepada seluruh warga kota Jambi n Indonesia...SAYONARA SEMUA..

"kota jambi...kota mengajarku erti sebuah kehidupan, kejujuran, kesetian dan pengorbanan.......tq jambi..."