.::pUtUs ciNta & Dia JODOH sayakah??::.

brokenheart.jpg

SOALAN

Assalamualaikum ustaz..

Ustaz saya baru putus cinta baru-baru ini. dan saya sekarang dalam kesedihan. Teman lelaki saya dipaksa emaknya supaya berkahwin dengan sepupunya. Sedangkan dia terlalu sayangkan saya. Tetapi dia mengambil keputusan mengikut cakap mak dia. Ini cerita saya..

Sebelum saya putus dengan dia, saya ada kenal seorang kawan. Dia pandai melihat persamaan nama kita dan pasangan kita. Bila dia matchkan nama saya dengan teman lelaki saya, dia cakap 50-50..teman lelaki saya berbelah bahagi.

Jadi dia minta saya terus berusaha dan berdoa. Kemudian dia ade suruh saya jampi dekat air dan minum selama 4 hari air tersebut. Dia cakap kalau saya buat..saya akan link dengan hati teman lelaki saya untuk melihat samada teman lelaki saya ada perasaan dengan saya atau tidak. Selepas 4 hari saya rasa jiwa kosong. Kemudian dia mengatakan teman lelaki saya sebenarnya dah tidak memilih saya, tetapi emak dia. Keesokkan harinya teman lelaki saya menghantar sms bahawa dia terpaksa memilih emaknya bukan saya.

Soalan saya

1)Adakah Allah telah memberikan petunjuk pada saya bahawa dia bukan jodoh saya? Adakah saya boleh terus berdoa supaya jodoh saya ialah teman lelaki saya?

2)Apa yang perlu saya lakukan dimana kawan saya itu mengatakan jodoh saya lambat lagi. adakah boleh saya percaya?

JAWAPAN

Saya bersimpati atas kerunsingan dan kesedihan yang menimpa saudari. Saya juga mengetahui kemurungan akibat ‘patah hati’ dan ‘putus cinta’ adalah amat berat kesannya, khususnya ke atas wanita dan sifat naturenya begitu komited apabila telah jatuh cinta. Apapun, anggaplah ia sebagai satu jalan untuk beroleh kebaikan yang lebih dari Allah swt.

Walau menyedari saudari dalam kesedihan, saya masih berkewajiban untuk menerangkan beberapa perkara asas sebelum menjawab soalan yang dikemukan. Kemungkinan ini akan menambah duka di hati saudari, namun perlu kami katakan yang benar walau ianya pahit dan pedih.

Pertamanya ; Ingin saya ingatkan, cinta sebelum kahwin, khususnya dari jenis ‘cinta mendalam' apabila wujud dalam diri yang jauh dari ilmu, kenipisan iman serta pergaulan bebas adalah KUNCI Syaitan merosakkan iman. Kerosakan dengan amat mudah menyelinap masuk melalui perkataan sang pecinta, tulisannya dan lebih merbahaya merasuk perbuatan mereka dan mendorong kepada 'keterlanjuran kemaluan' atau zina. Mata, telinga mereka menjadi buta dan pekak dari segala jenis nasihat baik dari manusia ramai, mereka seolah melayang di dunia berasingan. Akhirnya pemiliknya kerap tersesat di pertengahan jalan.

Kesimpulannya, ‘cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya. Oleh kerana itu di dalam Islam, jika bertunang,

Keduanya ; Saudari perlu bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana telah melakukan perkara perbuatan syirik apabila mempercayai tukang tilik bomoh yang menilik perkara ghaib melalui tilikan pada persamaan nama dan yang sepertinya.

Lebih buruk implikasinya pula apabila saudari dan teman lelaki mempercayainya, sehingga mengamalkan amalan syirik yang dibekalkan oleh bomoh syirik itu ( iaitu jampi air dan minum untuk ‘link' hati). Ini tidak lain hanyalah penipuan, kesyirikan dan dosa yang maha besar. Bagi mereka yang mati sebelum sempat bertuabt dari dosa syirik, tempat mereka adalah neraka buat selama-lamanya moga dijauhkan oleh Allah swt. Justeru, segeralah menyedari dan kembalikan kewarasan fikiran dan iman saudari yang mungkin sedang rosak akibat ‘virus cinta' tersebut.

Juga nasihat saya buat saudari dan semua pembaca agar jangan sesekali mempercayaai mandi bunga, mandi air kolah masjid dari tujuh masjid atau surau dan yang sepertinya, semua itu tidak lain hanya membawa kepada kerosakan aqidah dan kehilangan berkat sepanjang hidup.

Ketiganya : Berkenaan soalan saudari :

1) Segala dakwaan bahawa dia jodoh saudari atau bukan adalah tidak boleh dipakai sama sekali. Malah jika benar dia berkahwin dengan wanita lain sekalipun, jodoh masih sentiasa terbuka. Tidak mustahil saudari masih lagi merupakannya jodohnya, jika bukan sebegai isteri pertama, mungkin sahaja berkahwin sebagai isteri kedua, tiga atau empat. Jika tidak pun, pintu kebarangkalian masih ada untuk menjadi isterinya selagi si dia masih hidup, mungkin jodoh itu akan bertemu setelah 20 tahun akan datang. Semuanya adalah ketentuan Allah swt dan tiada siapa boleh meramalknya, menafikan atau mendakwa jodoh atau tidak.

2) Berdoa untuk dikurniakan jodoh dengan seseorang adalah diizinkan oleh Islam. Tiada sebarang dalil yang melarang doa untuk memperolehi sesuatu kebaikan sama ada dunia dan akhirat. Doa untuk dijodohkan dengan seseorang yang dicintai, termasuk di dalam doa untuk mendapat kebaikan dunia. Ia diizinkan dengan syarat dilakukan dengan betul, faham dan bersungguh tanpa disertai kepercayaan syirik, jampi mentera karut marut dan ramalan syirik.

Namun demikian, adalah lebih baik untuk saudari memikirkan bahawa ‘kumbang bukannya seekor', malah mungkin yang jauh lebih baik dari si dia. Tiadalah perlu menyusahkan diri dengan terlalu ‘terikat' dan ‘terpahat' kepada seorang lelaki sahaja. Justeru, adalah lebih baik untuk berdoa agar Allah swt mengurniakan jodoh yang lebih baik dari si dia yang telah terhenti di separuh jalannya. Sebagaimana Ummu Salamah diajar berdoa untuk mendapat yang lebih baik dari suaminya yang syahid, akhirnya beliau dilamar oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ya, jauh lebih baik dari seorang sahabat.

3) Di dalam Islam, bagi memperkuatkan doa dan permintaan khas kepada Allah swt, kita dibenarkan untuk ber'tawassul' atau menyebut amal soleh yang kita lakukan semasa melakukan doa. Selain itu, dibenarkan juga untuk bernazar untuk melakukan sesuatu jenis kebaikan tambahan jika doa kita dimaqbulkan. Ia semuanya boleh dilakukan berdasarkan nas dan dalil yang jelas, justeru boleh digunakan dalam hal permohonan jodoh ini juga.

4) Jangan percaya kepada kawan saudari yang menyeleweng lagi boleh membawa kepada syirik itu. Lambat atau cepatnya jodoh tidak boleh diramal. Apa yang penting, Allah swt mengurniakan kepada kita iktihar dan usaha, maka berusaha secara halal untuk memperolehi jodoh yang terbaik buat diri.

Sekian dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Zaharuddin Abd Rahman

Sumber.....

www.zaharuddin.net



.::RimBun KeAmpuNan::.

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir
Bagaimana kita nak membersihkan hati dan membuang sikap-sikap negatif di dalam diri kita secara perlahan-lahan?
Berikut adalah 8 tips mudah yang ingin kami kongsikan bersama.
1.Bersyukur dengan kurniaan Tuhan
2.Beribadat dengan benar dan seikhlas hati
3.Berakhlak baik
4.Menimba ilmu tanpa henti
5.Bekerja keras cara bijak
6.Bersederhana dalam hidup
7.Ringan tangan membantu sesiapa sahaja.

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kaku..bisu..buntu..sekian lama terdiam..sejenak berfikir..jari-jari kurniaan-Nya ini tidak menitip..tidak dibiarkan pena menulis..ku kira begitu lama..dibiarkan bersawang..biarlah..mungkin waktu "diam" waktu terbaik..

Alhamdulillah..tika diri ini diberi nikmat sakit..hati rasa terdetik untuk menulis..waktu "berehat" diri ini memberi peluang untuk pena menulis..

"Ya Allah, aku berlindung pada keagungan-Mu Ya Allah dari keburukan rasa sakit yang aku risaukan.."

Direnung kembali sepasang mata itu...memahami apa yang dirasai...

Semakin lama semakin sakit melihat air mata itu jatuh berderai-derai..jatuh tanpa diminta..mahu diseka..tapi biarkan ia berderai..moga air mata itu menghilangkan resah di hatimu...menghilangkan rasa takutmu..menghilangkan kerisauanmu itu...ya! air mata memberi kelegaan untuk hati kecilmu..menangislah sepuas-puasnya..mungkin air mata ingin berbicara denganmu dengan mengalir dari kaca mata indahmu itu....air mata ingin menemani kesedihanmu...ciptaan Allah ini tak ingin membiarkan dirimu sedih bersendirian...dia tunduk dan patuh pada perintah Allah..untuk jatuh berderai dari matamu..supaya hamba-Nya kembali mengingati-Nya..

Ya..Allah ada...Allah ada untuk mendengar keluhanmu...luahkan semua..ceritakan semua..Allah ingin mendengar suara lunakmu..merayu..merintih pada-Nya..ibadah "keluhan" ini memberi satu kepuasan dan kelegaan pada sekeping hati yang meronta-ronta untuk mengingati Allah..Allah tidak pernah bosan untuk mendengar. Kekayaan Allah tidak akan pernah habis ataupun berkurang kerana banyaknya permintaanmu....Allah s.w.t murka jika ada hamba-Nya tidak meminta pada-Nya...

Rasulullah bersabda: " Siapa yang tidak meminta kepada Allah, Allah akan marah padanya. Maka hendaknya, seorang di antara kalian mengadukan segala urusan kepada Rabbnya, meskipun hanya tali sendal yang putus " (h.r Tirmidzi)

Diri ini hanya mampu menemani sedihnya..hanya mampu menyeka air matamu..hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dirimu...diri ini tahu tangisan itu bukan bermakna dirimu tidak redha atas segala ketentuan-Nya..tapi sebagai satu tanda bersyukur untuk bangkit semula selepas tersungkur..Kita berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap perkara yang hadir dalam hidup ini..Jangan sekali-laki menyesali takdir Allah kersana Allah mungkin sengaja mentakdirkan begitu supaya DIA mempunyai sebab untuk melimpahkan pahala sabar untukmu...

Ketahuilah.....

Jgn lupa segala yg terjd pd kita ada hikmahnya. Salah 1 sbb ujian 2 adalah utk mmbri peringatan pd kita, utk menyedarkan kesilapan kita & spy kita berusaha menjd insan yg lbh baik di sisi Allah.

Ingatlah..ALLAH ADALAH HAKIM UTK KITA DUNIA & AKHIRAT. Hanya ALLAH yg berkuasa memberikan hukuman kpd kita. Cukuplah ALLAH tahu siapa kita. Berserahla pd ALLAH....ALLAH akan sentiasa menolong hambaNya. Hanya ALLAH yg tahu yg mn yg terbaik utk hambaNya.

Ingatla...kita kdg2 terpaksa korbankan benda yg kita sayang spy kita dpt memiliki benda yg lbh baik dr 2. Mesti ada pengganti bg stp perkara yg kita korbankan. Insya ALLAH.


ALLAH MAHA ADIL & MAHA PENYAYANG.


Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dgn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

Kerana kasihMU padaku ujian kau titipkan tanda ingatan, kerana sayangMU padaku mehnah kau anugerahkan sebagai pedoman..

Saat yang lain menjauh, KAU masih setia di situ, mendengar keluh-kesah hatiku, mendengar segala luahanku, mendengar rintihan dan ratapan hatiku, mendengar doa-doaku, permintaanku.

Dalam mencari cintaMU, kadang² aku penat dan lelah, tapi KAU tak pernah lelah menanti, kerana kasih dan sayangMU padaku hambaMU. KAU tak pernah jemu dan kau sentiasa setia disisi.

Yang susah dimiliki itu sesuatu yang berharga...kerana itu cintaMU adalah cinta yang hakiki.. cinta yang paling berharga antara semua cinta di dunia.


"Say your prayers before prayers for you are said"

"Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan,
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian,
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan,
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan..

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan,
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar,
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan,
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda...

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan..

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan,
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati,
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya,
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan....

[ Rimbun keampunan, hIJJaz]

~ TiNta QaSiEh qIrAnA~

.::DEfinAsi aNak YatiM::.

Assalamualaikum kepada semua sidang pembaca, bertemu kembali dlm DUNIA BLOG...dlm entry kali ini penulis terasa terpanggil untuk berkongsi maklumat ttg 'ANAK YATIM" krn dlm masyarakat kita kini masih ade lg yg jahil ttg KONSEP "ANAK YATIM"...ada di antaranya mengatakan bahawa mereka dlm golongan "ANK YATIM" walhal umur mereka sudah mencapai usia 30an ke ats, ade yg sudah berkahwin, sudah mempunyai anak....berkelulusan tinggi...mendapat pekerjaan yg baik...ADAKAH MEREKA INI DI GOLONGKAN DALAM GOLONGAN ANAK YATIM??? sekiranya mereka beranggapan begini pasti DATUK2 DAN NENEK2 yang berumur 60an ke atas juga boleh di gelarkan anak yatim.......MAKA di kesempatan ini marilah kite membaca dan memahami erti sebenar "ANAK YATIM"....insyaallah sedikit ilmu ini dapat memanfaatkan semuanya......fie Amaniellah......

Siapakah yang dimaksud dengan anak yatim?
Apakah perbedaan antara anak yatim dan anak piatu?
Lalu bagaimana dengan anak yatim-piatu?

Secara bahasa “yatim” berasal dari bahasa arab. Dari fi’il madli “yatama” mudlori’ “yaitamu” dab mashdar ” yatmu” yang berarti : sedih. Atau bermakana : sendiri.

Adapun menurut istilah syara’ yang dimaksud dengan anak yatim adalah anak yang ditinggal mati oleh ayahnya sebelum dia baligh. Batas seorang anak disebut yatim adalah ketika anak tersebut telah baligh dan dewasa, berdasarkan sebuah hadits yang menceritakan bahwa Ibnu Abbas r.a. pernah menerima surat dari Najdah bin Amir yang berisi beberapa pertanyaan, salah satunya tentang batasan seorang disebut yatim, Ibnu Abbas menjawab:

وكتبت تسألنى عن اليتيم متى ينقطع عنه اسم اليتم ، وإنه لا ينقطع عنه اسم اليتم حتى يبلغ ويؤنس منه رشد
( رواه مسلم )

Dan kamu bertanya kepada saya tentang anak yatim, kapan terputus predikat yatim itu, sesungguhnya predikat itu putus bila ia sudah baligh dan menjadi dewasa

Sedangkan kata piatu bukan berasal dari bahasa arab, kata ini dalam bahasa Indonesia dinisbatkan kepada anak yang ditinggal mati oleh Ibunya, dan anak yatim-piatu : anak yang ditinggal mati oleh kedua orang tuanya.

Didalam ajaran Islam, mereka semua mendapat perhatian khusus melebihi anak-anak yang wajar yang masih memiliki kedua orang tua. Islam memerintahkan kaum muslimin untuk senantiasa memperhatikan nasib mereka, berbuat baik kepada mereka, mengurus dan mengasuh mereka sampai dewasa. Islam juga memberi nilai yang sangat istimewa bagi orang-orang yang benar-benar menjalankan perintah ini.

Secara psykologis, orang dewasa sekalipun apabila ditinggal ayah atau ibu kandungnya pastilah merasa tergoncang jiwanya, dia akan sedih karena kehilangan salah se-orang yang sangat dekat dalam hidupnya. Orang yang selama ini menyayanginya, memperhatikannya, menghibur dan menasehatinya. Itu orang yang dewasa, coba kita bayangkan kalau itu menimpa anak-anak yang masih kecil, anak yang belum baligh, belum banyak mengerti tentang hidup dan kehidupan, bahkan belum mengerti baik dan buruk suatu perbuatan, tapi ditinggal pergi oleh Bapak atau Ibunya untuk selama-lamanya.

Betapa agungnya ajaran Islam, ajaran yang universal ini menempatkan anak yatim dalam posisi yang sangat tinggi, Islam mengajarkan untuk menyayangi mereka dan melarang melakukan tindakan-tindakan yang dapat menyinggung perasaan mereka. Banyak sekali ayat-ayat Al-qur’an dan hadits-hadits Nabi saw yang menerangkan tentang hal ini. Dalam surat Al-Ma’un misalnya, Allah swt berfirman:

(( أرأيت الذي يكذب بالدين ، فذلك الذي يدع اليتيم ، ولا يحض على طعام المسكين ))
.
“Tahukah kamu orang yang mendustakan Agama, itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin “
{QS. Al-ma’un : 1-3}

Orang yang menghardik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan kepada fakir miskin, dicap sebagai pendusta Agama yang ancamannya berupa api neraka
Dalam ayat lain, Allah juga berfirman :

(( فأما اليتيم فلا تقهر ، وأما السا ئـل فلا تنهر ))

“Maka terhadap anak yatim maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap pengemis janganlah menghardik”.{QS. Ad-Dhuha : 9 – 10 }

Sedangkan hadits-hadits Nabi saw yang menerangkan tentang keutamaan mengurus anak yatim diantaranya sabda beliau :

أنا وكافل اليتيم فى الجنة هكذا وأشار بالسبابة والوسطى وفرج بينهما شيئا
(رواه البخاري ، كتاب الطلاق ، باب اللعان )

Aku dan pengasuh anak yatim berada di Surga seperti ini, Beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah-nya dan beliau sedikit merengganggangkan kedua jarinya

Dan dari Ibnu Abbas r.a. bahwa Nabi saw bersabda :

(عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال ” من قبض يتيما من بين المسلمين إلى طعامه وشرابه أدخله الله الجنة إلا أن يعمل ذنبا لا يغفر له ( سنن الترمذي

Dari Ibnu Abbas r.a. bahwa Nabi saw bersabda : barang siapa yang memberi makan dan minum seorang anak yatim diantara kaum muslimin, maka Allah akan memasukkannya kedalam surga, kecuali dia melakukan satu dosa yang tidak diampuni.

Imam Ahmad dalam musnadnya meriwayatkan dari Abu Hurairoh r.a. hadits yang berbunyi :

(عن أبي هريرة أن رجلا شكا إلى النبي صلى الله عليه وسلم قسوة قلبه فقال إمسح رأس اليتيم وأطعم المسكين (رواه أحمد

Dari Abu Hurairoh, bahwa seorang laki-laki mengadu kepada Nabi saw akan hatinya yang keras, lalu Nabi berkata: usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin

Dan hadits dari Abu Umamah yang berbunyi :
عن أبى أمامة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من مسح رأس يتيم أو يتيمة لم يمسحه إلا لله كان له بكل شعرة مرت عليها يده حسنات ومن أحسن إلى يتيمة أو يتيم عنده كنت أنا وهو فى الجنة كهاتين وقرن بين أصبعيه
(رواه أحمد )
Dari Abu Umamah dari Nabi saw berkata: barangsiapa yang mengusap kepala anak yatim laki-laki atau perempuan karena Allah, adalah baginya setiap rambut yang diusap dengan tangannya itu terdapat banyak kebaikan, dan barang siapa berbuat baik kepada anak yatim perempuan atau laki-laki yang dia asuh, adalah aku bersama dia disurga seperti ini, beliau mensejajarkan dua jari-nya.

Demikianlah, ajaran Islam memberikan kedudukan yang tinggi kepada anak yatim dengan memerintahkan kaum muslimin untuk berbuat baik dan memuliakan mereka. . Kemudian memberi balasan pahala yang besar bagi yang benar-benar menjalankannya, disamping mengancam orang-orang yang apatis akan nasib meraka apalagi semena-mena terhadap harta mereka. Ajaran yang mempunyai nilai sosial tinggi ini, hanya ada didalam Islam. Bukan hanya slogan dan isapan jempol belaka, tapi dipraktekkan oleh para Sahabat Nabi dan kaum muslimin sampai saat ini. Bahkan pada jaman Nabi saw dan para Sahabatnya, anak-anak yatim diperlakukan sangat istimewa, kepentingan mereka diutamakan dari pada kepentingan pribadi atau keluarga sendiri. Gambaran tentang hal ini, diantaranya dapat kita lihat dari hadits berikut ini :

عن ابن عباس قال لما أنزل الله عز وجل ( ولا تقربوا مال اليتيم إلا بالتى هي أحسن ) و (إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما) الأية انطلق من كان عنده يتيم فعزل طعامه من طعامه وشرابه من شرابه فجعل يفضل من طعامه فيحبس له حتى يأكله أو يفسد فاشتد ذلك عليهم فذكروا ذلك لرسول الله صلى الله عليه وسلم فأنزل الله عز وجل

(ويسألونك عن اليتامى قل إصلا ح لهم خير وإن تخالطوهم فإخوانكم) فخلطوا طعامهم بطعامه وشرابهم بشرابه

Dari Ibnu Abbas, ia berkata : ketika Allah Azza wa jalla menurunkan ayat “janganlah kamu mendekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang hak” dan “sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan dzolim” ayat ini berangkat dari keadaan orang-orang yang mengasuh anak yatim, dimana mereka memisahkan makanan mereka dan makanan anak itu, minuman mereka dan minuman anak itu, mereka mengutamakan makanan anak itu dari pada diri mereka, makanan anak itu diasingkan disuatu tempat sampai dimakannya atau menjadi basi, hal itu sangat berat bagi mereka kemudian mereka mengadu kepada Rasulullah saw. Lalu Allah menurunkan ayat “dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang anak yatim. katakanlah berbuat baik kepada mereka adalah lebih baik, dan jika kalian bercampur dengan mereka, maka mereka adalah saudara-saudaramu” kemudian orang-orang itu menyatukan makanan mereka dengan anak yatim. (Sumber: http://abufarhi.multiply.com/journal/item/1/anak_yatim)

..Segala kekurangan datangnya dari diri sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t...

.::TINTA QASIEH QIRANA::.

.::aLLaHu aKbAr::.

17/10/2010 Sekali lg kami kehilangan insan yang kami syg......die pergi meninggalkan kami buat selama2 lamaye...........

Ptg itu.....Sekitar JAM 3 ptg....arwah azli minta izin untuk ke Hospital Sulthanah Aminah johor bg melawat Sahabatnye yang tgh koma.

Arwah pergi bersama2 kwnnye yg lain.......arwah pakai t-shirt putih.....

Sekitar jam 4 ptg dpt panggilan dr Ehsan...adik yg ke-2....die kate azli ex-ciden..mcmne bleh jd mcmtu?? menurut ceter kwnnye arwah m'gelak motor kwnnye yg tibe2 jem..mse tu dorg da naik kat highway.....arwah elak motor ke kiri....jatuh...sempat die bangun...n ckp sakit kat bahagian pinggang..selang beberapa minit ehsan tfon..tnye da gerak belum ke hospital kulai?? mse tu masing2 solat asar dlu......leps tak smpai 5 minit ehsan tfon lg,,,,,,,ehsan tfon kite...die ckp...."Ann..azli da ikut BABA".....mcm nak tercabut jantung.....ASTAGFIRLLAHAL 'AZIM...tak snggup nak btau ummi dan abah.......hnye dpt btau azli ex-siden...ummi suruh siap2 n bwkkan baju azli,,,,tp aku?? aku hnye pegang je....n ltk balik bju arwah kat rak baju.....Ya ALLAH,.....

sorg demi sorg makcik pakcik dtg menenagkan hati family.......siap semue family..kitorg gerak ke hospital kULAI........bacaan yassin tak henti2 dlm kerete..ummi n abah..tak boleh nk ckp...hnye b'doa..........

da smpai hospital sepupu fon..die kate trus ke bilik mayat....Ya Allah........mcm hati ni sgt2 terhiris......pedih sgt..............smpai kat ruangan tu....ramai da saudare mare tnggu.....penuh da....kwn2 azli.........ramainye...............abah masuk dlu..pastu ummi n aku...p.ngah n sepupu lelaki......

elhamdulillah smbil nak tnggu arwah dimandikan n dikafankan saudare mare buatkan yasinan n tahlil buat arwah kat depan bilik mayat...selesai semua urusan.....arwah dimasukkan ked lm van mayat.....cukup lah terawal n y terakhir aku kat dlm van mayat.....perjalanan dr hospital ke rumah lebih kurang 1 jam....bacaan yassin menemani kami......mujur ade ummi,abah n pak ngah kat dalm van mayat tu jugak.....tak pe....buat kali terakhir aku menemani insane yg ku sayang.....errmmm...setelah mengharungi kelam malam highway akhirnya kami smpai dirumah....ya allah ramainye sanak saudara yg menunggu......belum sempat jenazah diturunkan esak tangis telah ku dengar....allah..allah..allah.....pedih namun inilah yang perlu kami tempuh....subhanallah.....

Lebih kurang jam 11 firdaus adik ke-3 dr Melaka dan adik yg ke-5 dr Maahad Pontian pun smpai.....hanya linangan airmata yang dapat diucapkan............sedih tak dpt nak tanggung...tinggal adik yg ke-2 dr KL blum smpai......,

18/10/2010 Allahyarham Mohd Ashaf b.burhanuddin selamat dikebumikan berdekatan dgn pusara Baba Allahyarham hj.Mohd Shahedek b.hj dumang ayah kpd ummi yg pergi pd 2/10/2010..........satu ujian dan dugaan yg perlu ditempuh dgn hati yg cekal...ya Allah.....kuatkan ati2 kami.....tabahkan hati2 kami....cekalkan hati2 kami...sesungguhnya perancanganMu sungguh murni,,,sungguh mulia..tersimpan seribu hikmah...ameen..

Ya Allah tempatkan mereka dikalangan para anbiya’..ameen.

Arini 19/10 arini lahir ummi......Selamat ari Lahir ummi......biase azli la menjd org pertama beri ucapan pd ummi dan die org pertama akn cium ummi,,,,,,die la yg akn m'gingatkan kami adik beradik......airmata kami masih lg mengalir...=( sedihnye ati ini........~kwn2 azli menemankan kami tidur dirumah.....wlu azli tiade lg.....kwn2 die msih bersama kami..menenangkan ati kami.....mengimbau kenangan bersama arwah..itu lah erti SETIA kwn~~mohon doa utk NURUL SHAHERA BT BURHANUDDIN (adik yg ke-5) mge die najah dan dpt m'jwb peperiksaan STAM dgn tenang wlu ujian yg besar ini sdg melanda....~kpd saudare-mare, sahabat handai terima kasih ats doa n semangat kalian....dan terima kasih jua ats jasa kalian...........mohon ampunkan segale salah silap arwah sekirenye ade.....setiap manusia tidak pernah tidak melakukan kesilapan....hnye kemaafanlah pembersih segalanye.....~Arwah azli.........perancangan yang arwah buat kami,i'allah kami kan tunaikan.....amanlah dikau disana.....doa kami sentiase mengiringimu duhai adikku..........Nantikan kehadiran kami suatu hari nnti...."Setiap manusia pasti akn menemui Khaliqnye...bile?? di mane?? hanya DIA yang mengetahui....."

Wallahu’alam

.::KaNgEn::.

eLhamdulillah....
syukur pd Allah kerana diberi nikmat merasai erti "RINDU"..
rinduku pada teman2 seperjuanganku...
rinduku pd suasane tempat pengajianku....
rindu pd semue yg pernah melakar kebahagian dlm kehidupanku....
Indahnya waktu kita bersama...
walau secebis kenangan kita lakarkan
namun tetap menjadi memori terindah buat diriku..
AnDai Kita TerPisAh..
PaSti SuaTU hARi kita kan KetEmu Jua..
InsYaAllah..

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesekali disapa angin rindu, dihelus dengan hembusan bayu menambahkan lagi sakit kerinduan pada ranting-ranting hati. Sakit itu membuatkan jiwa duduk merenung dan terus berfikir, apakah kerinduan ini mungkin terubat dengan menatap wajahnya? Haruskah ku biarkan kelopak mata ini basah demi melepaskan belenggu yang melingkari...

Terkadang langkah kaki ini laju menyusuri denai-denai perjalanan, adakalanya tersusun rapi pada sebuah perjuangan kehidupan. Namun, pada waktu yang berputar dan berubahnya siang malam ku membuatkan bintang-bintang itu seringkali terasa jauh dan begitu sukar untuk digapai. Jalan ini bukan semudah kata penyedap bicara, jalan berduri penuh dengan liku dan ujian yang berbeza. Menyerah bukan sakti seorang srikandi.

Andai jalan pulangku berliku, mohon restu dari Yang Satu agar ditunjukkan jalan kebenaran. Andai jalan pulangku jauh tidak berwaktu, mohon pertolongan dari yang Esa agar tidak membiarkan kesunyian ini merobek-robek tangkai hatiku. Biarlah sesekali sakit itu membuatkan aku termenung dan terus menyapa pada sang bayu yang menemani sang beburung bercicip bahagia di dahan pohonan.


"Wahai angin, sampaikan salam rinduku untuknya..."

Andai pesan ini sampai ke pemilik yang dirindu, moga hatiku terus dibuai rasa yang tidak berkesudahan. Biarlah segar merindu bagai pungguk rindukan bulan dari mematikan atma yang berlagu pilu, harus melayani geselan gemalai tarian perasaan andai itu penawar yang ku punya pada saat ini. Biarlah... Biarlah... Melayani membuatkan daku terasa disayangi.

"Wahai bintang, bersinarlah di sana... Ingin ku gapai tak sampai."

Usahlah menghilang si sebalik awan, bimbang rinduku menusuk rongga hingga terbeban tak terkata. Kala bebintang menyinari gelapnya zulumat malam, hati seakan menari riang ditemani cahaya-cahaya kecil yang kerinduan. Pada bulan yang menyinar di hujung dunia, sesekali terasa bulatnya harapan bersama terangnya cahaya. Ah... Masakan pungguk tidak merindukan bulan, bias cahayanya saja mampu mendodoi lentok hati yang gusar.

"Wahai bulan, duduklah di sana..."

Cintaku akan menatap cahayamu dari hujung sana dan aku akan melihat bias cahayamu di sini. Jauh tidak berjarak, rindu tidak terkata namun hatiku masih bisa bergetar saat kalam-kalam Ilahi menerobos di gegendang telinga. Alhamdulillah, cinta pada indahnya ciptaan Nya adalah lambang ekspresi takjubku pada Ilahi. Masya Allah.

Lidahku tidak bertulang, bermain kata menyusun bahasa namun perasaanku turut sama hiba dalam langkah kaki yang tertahan rasa. Biar kudratku lemah menghempas derita namun untuk cintaku, segalanya akan ku pertahankan. Biar jasadku longlai menghadap badai namun tidak ku biarkan pantai hatiku turut berubah mengikut tersungkurnya ombak di atas pantai.

Lalalala... Lalalala... Lalalala...

Akan ku usir perasaan gundah ini, bukan kerana marah pada lara yang menyinggah tetapi bimbang langkahku akan merebahkan jasad ini dari jalan tarbiyyah Rabb..