Hari2 yg dilalui semakin mencabar.. Inilah sebuah kehidupan.. Tanpa cabaran memanglah hidup terasa bosan.. Hidup harus punya tujuan.. Tanpa tujuan apa yg ingin kita capai??? Bukanlah hidup hanya utk mem”fulfill” hak asasi.. Bukanlah kehidupan hanya utk makan..Bukan, Bukan dan Bukan..Kita boleh semak semula didlm surah az-zariyat:56 mengapa Allah ciptakan kita:
“Tidak ku ciptakan jin dan manusia melainkan utk beribadah kepadaKu”
Ya Ibadahlah kata kunci yg kita cari .. Ibadah bukan hanya sembahyang lima waktu.. Tapi ibadah itu punya byk cabang.. Merangkumi semua aspek kehidupan, dari yg sekecil-kecilnya hinggalh kpd yg sebesar-sebesarnya.. Banyak yg perlu kita selidiki dlm hidup ini sebenarnya.. sampai masa pun terkdg rsa tidak mencukupi.. Astaghafirullah.. Tapi benarlah, masa seorg pejuang itu pendek jika nak dibandingkan dgn apa yg ingin di sampaikannya..
Teruslah kita mencari sesuatu yg PASTI.. Jgn pernah berhenti dan mengalah dlm kehidupan ini.. Jgnlah bersendirian dlm mencari ilmu.. Bersama-samalah melakukannya dgn sahabat perjuangan yg juga menuju jln yg sama supaya hidup terasa lebih bererti.. ;’)) Jgn biarkan kawan kita sendiri.. Teringat ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin Abd Aziz..Beliau pemerintah yg sgt2 bertakwa.. sampaikan serigala yg berkumpul bersama kambing pun tidak mengambil kesempatan utk menerkam kambing itu.. Can you imagine betapa adilnya pemerintahan beliau?? Sampabinatang pun merasai nya dan hidup aman damai??Masya Allah .. Terasa cemburu dlm diri.. Ingin punya iman yg tinggi, yg tidak mudah rapuh dilanda badai, Tidak basah walau ribut petir melanda…Allah berikan daku kekuatan :’).. Selagi kaki masih mampu melangkah selaju boleh. Pantang ku berundur dlm kehidupan ini!!!
Didalam kehidupan ini, Kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dlm kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorg sahabat yg memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorg sahabat begitu juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira ttg harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. .. :’))
0 komentar:
Posting Komentar