Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya
Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan
Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya
Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua
Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita
Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo
Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman
Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita
"SeLAmat BerJuang..seLamat Berimtihan"
.::mAy ALLAH bLESS u::.
.::sAlam Eidul Adha::.
Elhamdullillah bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana diberi sekali lagi peluang untuk menyambut Hari Raya Korban.Sekali lagi semua masjid-masjid dan surau-surau bergema suara takbir memuji Allah yang Maha Esa.Banyak pengajaran korban yang dapat kita fahami selain daripada korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s ke atas puteranya Nabi Ismail a.s kerana menurut perintah Allah.
Pengorbanan masa yang kita peruntukkan untuk hadir setiap waktu berjemaah di masjid dengan meninggalkan anak dan isteri adalah satu pengorbanan yang suci.Namun pengorbanan begini amat payah untuk dilakukan oleh beberapa umat Islam kerana sayangkan harta,anak-isteri,program teleivisyen dan sebagainya maka kita lupa untuk mengorbankan masa bagi menghabiskan sisa-sisa hidup menyerah diri kepada Allah swt.Ada juga yang sanggup mengorbankan wang ringgit kepada perkara-perkara yang melalaikan tetapi tidak sanggup berkorban untuk ternakan sembelihan bagi diagih-agihkan kepada yang hak.
Seharusnya umat Islam perlu sedar pengorbanan terhadap agama Islam perlu diletakkan yang teratas sekali melebihi pengorbanan masa yang diperuntukkan untuk mencari kekayaan dunia.
Sedar atau tidak saban tahun kita masih boleh lagi bernafas setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidiladha tetapi jika dihitung dengan umur kita, ia semakin bertambah dan hanya menunggu dijemput oleh Allah swt.Sesungguhnya bagi mereka yang berkesempatan mengerjakan fardhu haji di Mekah adalah satu lagi bentuk pengorbanan.Segala kesenangan dan kemewahan ditinggalkan demi menyahut seruan Illahi untuk mengerjakan haji.Kepayahan dan kesulitan dalam mengerjakan fardhu haji akan dibalas dengan pahala yang berlipat ganda oleh Allah swt.
Sesungguhnya pengertian korban itu perlu dipandang dari sudut yang lebih luas lagi dan bukannya sekadar mengambil bahagian dalam ibadah korban binatang ternakan.Selamat Hari Raya Eidul Adha
# Second year raye kat rantauan "MESS PELAJAR MALAYSIA,JAMBI....sedih2...buat teman2 n family kat mlaysia makn2 tu ingat2 la kami yg berada dirantauan n buat anak2 rantauan selamat berhari raya n jgn sedih2...teruskan perjuangan.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar