"BIcaRA hAWA"

Assalamualaikum……

Bicaraku kali ini adlh tentang hakikat cinta HAWA…ya tentang cinta mmg tidak akn pernah habis dibicarakan….dAku bukan pujangga yg hebat dalam membahas tentang cinta. dAku ingin bicara atas nama wanita. Wanita adalah makhluk yg sempit akal dan mudah terbawa-bawa emosinya…sangat mudah bg golongan adam utk membuat golonganku bermimpi.


Tolong..berhentilah memberi angan-angan kpd kami. Mungkin kami akn memuncung tika di sapa, atau membuang muka kalau di puji. Tetapi sejujurnya, ada perasaan bangga. Bukan suka kpd kamu (mungkin)tetapi suka kerana diperhatikan lebih.


Di antara kami, ada golongan hawa yg pandai menjaga diri. Tetapi tidak semua kami mempunyai hati yg suci. Oleh itu kpd golongan adam....jangan kamu tawarkan sebuah ikatan bernama ta'aruf bila kamu benar-benar belum bersedia akan situasinya. Sebuah ikatan yg tidak pasti yg boleh jd berumur tidak Cuma dalam hitungan bulan tetapi menginjak usia tahun, tanpa kepastian bila akan dipastikan. Seringkali .....persahabatan itu dibungkus label 'ukhwah fillah' dan seringkali jg persahabatan antara golongan hawa dan adam ini dijangkiti virus yg bernama 'rasa' dan 'makna'...kerana tiada suatu hubungan pun yg tidak berkait dgn soal 'rasa' .


Sebelum kamu memutuskan untuk mendatangi kami...jwb dulu pertanyaan ini dgn jujur. Setelah tiga bulan kamu mendatangi dan menyatakan cinta, kamu masih belum bersedia mengikrarkan dlm sebuah pernikahan??atau kamu masih memerlukan masa yg lebih lama dan meminta kami menunggu dgn alasan yg tidak syar'i dan terlalu duniawi....jika jwpn kamu YA, bermakna kamu lebih 'hebat' dan 'berani' daripada Saidina Ali. Dia hanya berani mengatakan cinta kepada Fatimah, setelah menikah. Ali.. Pemuda kesayangan Rasulullah s.a.w tetap menunggu waktu bertahun-tahun untuk mengatakannya. Bukan kerana pengecut, tetapi kerana dia adalah lelaki kualiti syurga.


Tolong, kami tidak ingin menyakiti hati calon suami kami yg sebenarnya. Mereka berusaha menjaga hijab, agar datang kpd kami dalam keadaan suci hati, tetapi kami malah menjaja cinta kepada lelaki yg belum tentu menjadi suami kami. Atau kamu sekarang sudah berani menjamin bahawa kamu adlh calon suami kami yg sebenarnya???.maaf... wanita itu lemah dan mudah ditaklukkan. Sebagai saudara kami, tolong..jagalah kami. Kerana kami jd lemah dgn surat cinta kalian.


Bukankah akn lebih indah bila kita bertemu dgn jalan yg diberkati-Nya? Bukankah lebih membahagiakan bila kita dipertemukan dlm situasi yg diredhai-Nya?

Bukan Cuma saat menikah, tetapi saat pertemuan yg juga bebas dari maksiat. Allah maha Pencemburu Dia maha Memiliki kami..maka mintalh kepada-Nya sebelum mendatangi kami.


Akhir kalam....

Tentang jodoh..daku takkan runsingkannya lagi, seperti halnya takdir lahir dan takdir mati. Takkan mengundur dan ke depan sedikit pun. dAku yakin ssorang di sana telah diciptakan Allah khusus utkku. Bukankah manusia diciptakan berpasang-pasangan. Mungkin dia, mungkin jg bkn. Bila dia adalah ikhwan yg baik bagiku, namun Allah tak izinkan dia utk menikahiku, maka daku yakin Allah telah menyediakan ikhwan yg jauh lebih baik daripda dia utkku. Kerana daku tahu Allah takkn pernah mengecewakanku.


Tentang dia...dia mungkin telah tersedar telah mensia-siakan waktunya utkku...ya,jalan itu masih panjang....dan dia pun memilih mencintai Kekasih Sejati daripada diriku..subhanallah..bagaimana mungkin aku tidak semakin mencintai dia.....dan jelaslah bahawa dia berhak mendapatkn wanita yg jauh lebih baik daripadaku...kudoakan semoga dia dikurniakan isteri yg solehah, yg jauh lebih baik daripada yg pernah di bayangkan sebelumnya...kerana Allah takkn pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya.


"Ya ALLAH daku memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, dan cinta kepada orang-orang yg mencintai-Mu, juga kpd amal perbuatan yg akan mendekatkan diriku untuk lebih mencintai-Mu.."



UnTuK YaNg TerIstImEwa


dAku menerimamu

Kerana cintamu pada-Nya

dAku mengasihimu kerana

Kasihmu pada-Nya

Adakah daku kau pilih

Kerana pilihan-Nya untukmu?

Terimalah daku bukan kerana mahar

Yang kau beri padaku

Bukan jua kerana cintamu padaku

Melebihi cintamu pada-Nya

Tetapi kerana aku adalah

Perempuan yg dijodohkan-Nya untkmu

Kasihilah aku...sayangilah aku..

Kerana ketaatanmu pada-Nya

Moga mahligai yg dibina

Direstui...diberkati...

Hingga ke syurga...


"dAkU MeNciNTaiMu KeRaNa aGaMa Yg AdA PaDaMu..JiKa KaU HiLaNgKaN aGaMa DaLaM DiRiMu MaKa HiLaNgLaH CiNTaKu PaDaMu...ALbY nAdAk......"

0 komentar:

Posting Komentar