Tunjukkan daku jalan Ya Rabb..dan tenangkan hati ini Ya iLLahi,,

"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)." (Surah Al-Balad: 4)


Sekian lama blog ini sunyi tanpa artikel, kala hati ini kusut memikirkan permasalahan moga perkongsian ini dapat membantu diriku dan sahabat2 insyaAllah


Hidup manusia ini tak penah lekang dgn cabaran dan dugaan yg diberikan dari-NYA.adakalanya kita kuat untuk menentangnya dan adakalanya kita sendiri terpaksa pasrah dgn kehendak-NYA.


Tiada sesiapa pn dimuka bumi ini dijadikan dgn penuh kesempurnaan, jadi iman yg teguh dan hati yg tenang dan dgn adanya kekuataan pd diri insyaallah akn diberkati doa org2 yg berada ddlm kesusahan...


Namun, sebaik2 manusia ialah orang yg cemerlang dalam menguruskan kehidupannya dgn baik, dapat mengatasi masalah dan menghadapi apa jua tekanan dengan hati yg tabah. Segala kesilapan yg lalu dijadikan sebagai iktibar dan kegagalan dalam hidup bukan bermakna kita mundur mahupun kalah tapi pandanglah dari sudut perspektif yang positif sebagai pendoorong buat mencapai kejayaan, insyaAllah ...

Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati. Hati yang lemah menyebabkan hubungan dengan Allah menjadi rapuh. Seterusnya akan menjadikan hidup sempit kerana tidak menemui jalan keluar terhadap setiap masalah.


Hati akan berasa bahagia apabila dekat dengan Allah. Sebaliknya hati akan sengsara apabila ia ingkar kepada hukum Allah dan lalai daripada mengingatinya.


Dalam menghadapi tekanan atau stres secara umumnya mengikut kaca mata Islam ada beberapa panduan iaitu:


* membaca Al Quran disamping memahami maknanya. Al Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al Quran seseorang dpat menenagkan hati, fikiran dan jasmani.

* Banyakkan bertaubat dan istighfar. Kita mesti mengenang akan dosa, renungkan kembali nikmat2 yg kita Allah berikan pd kita

* Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara kita mengikuti segala perintah Nya dan meninggalkan segala larangan Nya. Contohnya sahabat2 dan diri ana : tidak meninggalkan solat wajib, lakukan solat sunat danjuga kita hendaklah mengingati Allah dalam setiap ketika.

* Bersedekahlah kerna kadangkala ianya menyebabkn jiwa kite tertekan dan sebaiknya hendaklah memberi sedekah. Dari ana tahu pabila kita bersedekah hati jadi tenang kerna jika tidak bersedekah hati nya dana akhlaknya akan disempitkan oleh Allah swt kerna berkira dengan rezeki Allah.

* Selain itu, hendaklah kita bersangka baik kepada Allah swt. Dalam berbicara hendaklah lebih kita mengfokus butir2 yang positif serta mengharapkan keredhaan Ilahi dalam setiap ucapan kita. Hal ini demikian, setiap lafaz dituturkan adalah doa dan sangkaan kita pada Allah swt.

* Paling utama sahabat2 dan bt diriku jua, apa pun usaha kita hendakalah bertawakal kepadaNya. Dalam erti kata lain, menyerahkan sesuatu perkara kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya. Kerna segala yang kita kecapi adalah kurniaan Allah swt bagi hambaNya terus berusaha meneruskan hidup didunia ini . InsyaAllah




Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diriku mahupun sahabat2 insyaAllaah amin Ya Rabb...


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami "(ayat 286, surah al Baqarah)

0 komentar:

Posting Komentar