.::sEgalanya PadaMu::.


Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitkan berbanding cinta yang terputus apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.

Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran

Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh

Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencintai diri kita.

3. Takdir

Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin ada yang pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

***Boleh jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (QS. al Baqarah : 216)***

Camne???...jawapannya ada pada diri kita sendiri,,diri ini hanya mampu tersenyum ..=) Jangan rasa gusar atau tak tahu nak buat ape... kitakan ada pencipta yang maha mengerti segalanya.. Andai rasa ragu dengan semua ni...ISTIKHARAH lah jalan yang terbaik untk kita pilih yang tbaik,,,mohon betul2 ptunjuk dariNya...


Niat Solat Sunat Istikharah :

" Sahaja aku mengerjakan solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala"

Doa Solat Sunat Istikharah :

"Ya Allah, kami memohon pilihan menurut pengetahuanmu dan kami memohon penetapan dengan kekuasaanMU juga kami memohon kurniaanMu yang besar, kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan kami tidak mengetahui apa2.. Engkau mengetahui segala yang ghaib... Ya Allah, jikalau didalam ilmuMu bahawa urusan kami ini... Baik untuk kami dalam urusan agama kami, dunia kami, kehidupan kami, akhirat kami serta akibat urusan kami,, maka takdirkanlah untuk kami dan mudahkanlah serta berikanlah berkat didalamnya. Dan Ya Allah, Sekiranya di dalam ilmuMu bahawa urusan ini sebaliknya untuk kami, agama kami, kehidupan kami, akhirat kami serta akibat urusan kami,, maka jauhkanlah hal yang demikian itu daripada kami dan jauhkan kami dari hal tersebut serta takdirkanlah untuk kami yang baik2 sahaja dan dimana2 jua, kemudian tenangkanlah hati kami dengan takdirmu"

Amin,,,,Ya Rabbal 'alamin...

0 komentar:

Posting Komentar